Hari ini, NetEase Games telah mengeluarkan trailer baharu yang menampilkan hero seterusnya untuk menyertai Naraka: Bladepoint. Bernama Hadi Ismail, reka bentuk hero ini diilhamkan oleh Timur Tengah di mana dia menggunakan lengan mekanikalnya untuk menghapuskan persaingan bermula 15 November dalam Naraka: Bladepoint.
Sempena itu, anda boleh menonton trailer baru di bawah:
Sekilas pandang, watak itu menambah gaya baru kepada game battle royale milik Naraka. Bukan setakat penampilan sahaja, budaya Timur Tengah turut memainkan peranan penting dalam gaya pertempurannya Hadi Ismail di mana dia kelihatan sangat anggun dan akrobatik ketika bertarung.
Daripada apa yang saya faham, Hadi Ismail akan terbang ke langit dengan sayap Icarus mekanikal. Ini merupakan asas kepada gaya pertempurannya. Apabila berlawan, Hadi Ismail menggunakan sayapnya untuk meluncur di sekitar medan perang, sambil melakukan pukulan demi pukulan yang kuat lalu terbang naik ke langit semula. Pada masa yang sama, dia juga boleh menggunakan cangkuk yang menarik musuh ke arahnya – jadi jika musuh cuba melarikan diri, anda boleh menggunakan cangkuk itu untuk menarik mereka kembali.
Ketibaan Hadi akan menandakan penamat Naraka: Bladepoint Season 10, yang memperkenalkan pelbagai ciri seperti Fan sebagai senjata terbaru. Kecil dan elegan, ia berasal dari dagger biasa dan sangat versatile. Menggabungkan serangan pantas dan serangan mid-range yang tidak dijangka, Fan menambah kelainan pada barisan senjata dalam game.
Musim 10 juga menampilkan beberapa aktiviti baharu dan collectible. Sehingga 15 November, pemain boleh mengumpul Hadi’s Tokens dalam bentuk “Cog” apabila menyelesaikan “Daily Quests” untuk membaiki lengan mekanikal Hadi dan memperoleh ganjaran. Cog duplikat boleh ditukar dengan pemain lain, jadi anda tidak akan kerugian.
Asalnya, Naraka: Bladepoint dilancarkan sebagai game berbayar, tetapi kini bertukar ke format free-to-play sejak pada Julai 2023 bersama port PlayStation 5. Selain itu, ia boleh dimuat turun di platform PC melalui Steam/ Epic Games Store, Xbox Series, dan Xbox One.
@gamersantaimy
Discussion about this post