Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Silent Hill 2 Mungkin Lancar Mac 2024, Tampil Kisah Origin Pyramid Head [Khabar Angin]

Maira by Maira
November 6, 2023
in Artikel, Berita, Game, Khabar angin
0 0
0
Silent Hill 2 Mungkin Lancar Mac 2024, Tampil Kisah Origin Pyramid Head [Khabar Angin]

Sumber imej: Konami

Share on FacebookShare on Twitter

Silent Hill: Ascension telah pun selamat dilepaskan dan akan ditayangkan selama enam bulan. Kini, peminat menantikan pula remake kepada game Silent Hill 2 yang diumumkan oleh Konami pada tahun lalu. Remake tersebut dibangunkan oleh Bloober Team yang membangunkan game seperti Layers of Fear dan Medium. Ramai peminat yang teruja mengenainya tetapi sehingga sekarang Konami mahupun Bloober Team belum mendedahkan apa-apa tentang game remake tersebut.

Sumber: Konami

Walaupun begitu, ada pula khabar angin yang mengatakan bahawa tarikh pelancaran game tersebut akan jatuh pada Mac 2024. Melalui X, pengguna RetroToHero telah mendapati satu laman web yang menyatakan bahawa Silent Hill 2 akan dilancarkan pada 21 Mac 2024. Tetapi laman web itu telah mengubah semula tarikh tersebut kepada tarikh pelancaran pertama game tersebut pada 2001.

Sumber: Konami

Ada juga satu lagi khabar angin menarik yang mengatakan bahawa kita boleh melihat kisah origin mengenai Pyramid Head. Melalui forum ResetEra, dikatakan ada bab khas dalam game yang akan mengongsikan lebih lanjut mengenai kisah raksasa ikonik itu. Walaupun begitu, ia masih lagi khabar angin, jadi jangan percaya bulat-bulat pula.

Sumber: Konami

Sambil menunggu pengumuman rasmi lanjut game ini, sudah tentu ada peminat yang membuat spekulasi mengenainya. Ada yang mengatakan akan ada livestream Transmission baru akan datang. Ada juga yang merasakan bahawa pengumuman mengenainya akan didedahkan semasa The Game Awards yang bakal berlangsung awal Disember ini. Apa pun kita tunggu sahaja pengumuman lanjut daripada Konami nanti.

Silent Hill 2 akan dilancarkan pada PS5 dan PC. Untuk membaca berita lain mengenai Silent Hill daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: konamiSilent Hill 2Silent Hill 2 Remake
ShareTweetSend
Previous Post

‘Ultra Heroes Tour SEA & Tamashii Spot Pop Up’ Akan Bermula 30 Nov Di Paradigm Mall!

Next Post

One Piece: Bagaimana ‘Revolutionary Army’ Diasaskan? *SPOILER*

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
One Piece: Bagaimana ‘Revolutionary Army’ Diasaskan? *SPOILER*

One Piece: Bagaimana 'Revolutionary Army' Diasaskan? *SPOILER*

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd