Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview Cuisineer – Game action roguelike dengan fokus pada hidangan Asia Tenggara!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 24, 2023
in Action, Artikel, Berita, Pameran/Expo, PC, Preview, Steam
0 0
0
Preview Cuisineer – Game action roguelike dengan fokus pada hidangan Asia Tenggara!
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi anda yang suka game tempatan, game ini mungkin menarik minat anda. Bernama Cuisineer dan dibuat oleh BattleBrew Productions, kami sempat mencuba game ini di gamescom asia 2023 melalui hands-on khas. Adakah pengalamannya sama hebat seperti yang diiklankan? Jom kita lihat.

Untuk mereka yang mungkin tidak tahu, Cuisineer adalah game indie berfokuskan makanan oleh BattleBrew Productions yang menggabungkan elemen roguelite dungeon crawler dengan elemen simulator pengurusan restoran.

Kredit: BattleBrew Productions

Seperti yang mungkin anda lihat daripada artikel sebelum ini, pemain akan mengawal Pom, yang suatu hari pulang ke rumah di Paell tetapi mendapat tahu bahawa restoran ibu bapanya telah ditutup dan dia kini dalam keadaan berhutang.

Jatuh dengan tanggungjawab untuk menyelamatkan perniagaan tersebut, Pom memulakan pengembaraan untuk meneroka setiap dungeon yang dia temui demi mengumpulkan bahan-bahan yang boleh digunakan untuk menyajikan makanan lazat kepada pelanggan yang lapar.

Kredit: BattleBrew Productions

Secara am, saya menikmati masa saya bersama Cuisineer semasa gamescom asia 2023 yang menyediakan dunia yang sangat berwarna-warni dengan barisan watak yang sama unik. Mengejar pengembaraan di dunia luar Paell, menggunakan peralatan memasak untuk melawan ayam gergasi, udang yang menembak artileri, lada yang boleh menghembuskan api dan ancaman bahaya (dan menjengkelkan) lain, sambil menghirup teh boba di sepanjang jalan.

Untuk menewaskan raksasa dan musuh ini, Pom perlu memakai kuasa Masin, Masam, Manis, Pahit, Umami, Frosty dan Toasty yang boleh melancarkan serangan api, racun, kilat dan kesan hebat lain. Selain itu, Pom boleh bertarung memakai pelbagai peralatan unik, seperti Spatula, Smackerel, Swordfish dan Tenderiser!

Kredit: BattleBrew Productions

Setiap level dalam dungeon dijana secara rawak yang mengubah saiz, bentuk dan sumbernya setiap kali anda melawat bagi memastikan pertempuran sentiasa rasa “fresh”, jadi seeloknya pemain sentiasa bersiap sedia.

Kumpul bahan-bahan sepanjang pengembaraan, dan kemudian bawanya pulang untuk memasak pelbagai resepi dan kembangkan restoran terbiar menjadi restoran sensasi yang boleh membanggakan ibu bapa.

Kredit: BattleBrew Productions

Untuk bahagian pengurusan restoran pula, kita perlu menguruskan hal-hal biasa yang biasanya berkait dengan perniagaan restoran sambil memastikan setiap pelanggan berpuas hati dengan pesanan makanan mereka. Makanan yang memaparkan hidangan Asia Tenggara juga merupakan sesuatu keunikan yang saya suka.

Masak lebih 100 resipi berbeza dari seluruh dunia termasuk popiah yang rangup, jem kaya yang pekat, roti prata, ayam goreng rangup hingga ke hidangan manis yang dipenuhi seperti ais kacang. Hantar hidangan yang betul kepada pelanggan yang betul, dan customize dapur serta ruang makan dengan bantuan tukang tempatan.

Kredit: BattleBrew Productions

Selain Pom, bandar Paell penuh dengan penduduk bandar yang mesra untuk berkawan seperti penjual Bubble Tea dan tukang besi yang besar. Semasa meneroka dungeon, jangan lupa untuk kutip bahan yang diperlukan oleh penduduk bandar. Anda akan diberi ganjaran emas, item baharu dan lebih banyak resipi untuk memasakan dan dapat meningkatkan restoran ke tahap yang lebih tinggi.


Game Cuisineer akan dilancarkan sepenuhnya di PC melalui Steam pada 9 November.

Tags: Cuisineergamescom asia 2023Preview
ShareTweetSend
Previous Post

Kingdom Hearts Missing Link Acah Visual Baharu! Update Baharu Game Mungkin Menyusul!

Next Post

Spider-Man 2 Menjadi Game Terlaris PlayStation, Berjaya Jual Lebih 2.5 Juta Unit Sehari

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Spider-Man 2 Menjadi Game Terlaris PlayStation, Berjaya Jual Lebih 2.5 Juta Unit Sehari

Spider-Man 2 Menjadi Game Terlaris PlayStation, Berjaya Jual Lebih 2.5 Juta Unit Sehari

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd