Game Call of Duty Warzone mobile nampaknya kena tunda. Semasa acara Call of Duty Next, diumumkan bahawa Call of Duty Warzone Mobile ditunda kerana memerlukan beberapa benda yang perlu digilap. Gama itu sepatutnya lancar pada tahun ini tetapi ditunda ke 2024.

Walaupun penundaan game diumumkan tetapi ada beberapa maklumat baharu game yang telah didedahkan. Antaranya penambahan Rebirth Island dalam game tersebut. Peta tersebut akan dapat dimainkan apabila game dilancarkan secara rasmi. Selain daripada mode battle royale, mode multiplayer lain seperti Domination dan Team Deathmatch juga akan tersedia.

Diumumkan secara rasmi pada September 2022, Call of Duty Warzone Mobile dibangunkan oleh Activision, Beenox, Digital Legends dan Solid State. Buat masa ini, sudah lebih daripada 45 juta pemain telah pra-daftar untuk bermain game ini. Ada banyak lagi ganjaran dalam game yang akan pemain dapat nanti, jadi jangan lupa pra-daftar sekarang melalui App Store dan Google Play!

Modern Warfare III juga telah mendedahkan musim pertamanya yang memaparkan peta Urzikstan. Ia akan tersedia pada Disember nanti. Jadi nantikan sahaja pengumuman baharu mengenai game tersebut. Modern Warfare III akan dilancarkan pada 10 November di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Battle.net dan Steam. Pra-tempah untuk game juga masih lagi tersedia untuk anda dapatkan!
Untuk mendapatkan berita lain mengenai Call of Duty daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post