Bagi mereka yang ingin kerja di bidang kreatif, jangan putus asa dan teruskan mengejar impian anda. Itulah mesej yang disampaikan oleh Sherwyn Wong, seorang warganegara Malaysia yang menceritakan kisah bagaimana dia berjaya mencapai impiannya dan menyertai syarikat gergasi animasi Pixar sebagai juruanimasi 3D.

Diceritakan dalam panel istimewa di Level Up KL 2023, berikut adakah kisah Sherwyn Wong.
Sebagai seorang kanak-kanak yang membesar bandar, Sherwyn suka filem dan pandai melukis. Oleh, ibu bapanya mula mempertimbangkan beberapa laluan kerjaya dalam bidang kreatif untuknya.
Mula-mula, dia diperkenalkan kepada bidang Seni Bina semasa Study Fair, tetapi dia tahu haluan itu bukan untuknya, sehingga dia terjumpa The One Academy yang mempamerkan filem dan animasi.
Ketika itulah, dia ingin meneruskan animasi sebagai impian dan melanjutkan pelajarannya di USA lalu menyertai syarikat besar seperti Pixar, Disney, Lucasfilm, dan lain-lain.
Perjalanannya tidak mudah dan Sherwyn harus menempuh banyak cabaran. Tetapi apa yang menariknya; sebelum melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat (universiti Academy of Art), dia menyertai sebuah tudio bernama Illusionist Animation Studios selama hampir setahun dan terlibat dalam pembikinan “Saint Seiya: Zodiac of the Knight” oleh Netflix.
Sherwyn berkongsi betapa sukarnya untuk bersaing dengan ramai pelajar cemerlang di universiti dan menyifatkan universiti itu sebagai pengalaman yang berbeza berbanding The One Academy.
Pensyarah juga datang dari studio yang berbeza (Pixar, Blizzard, Iowa), dan dia suka betapa terbukanya mereka semasa berkongsi cara animasi, aliran kerja dan sebagainya. Semua ini berlaku semasa wabak COVID-19.

Salah satu kesukaran yang Sherwyn hadapi ialah dia sebenarnya mendapat tawaran latihan praktikal daripada Pixar pada 2021 tetapi berputus asa selepas mengalami masalah VISA dan situasi pandemik pada masa itu. Ketika itulah isu kesihatan mentalnya bermula.
Tetapi sudah tentu, dia tidak berputus asa untuk menyertai Pixar dan kemudian menyertai Halon, sebuah studio VFX sambil memperbaiki kesihatan mentalnya.
Jadi, bagaimana dia masuk ke Pixar? Sherwyn memberitahu kami bahawa dia memohon Pixar pada tahun lepas tetapi ditolak. Nasib baklah, semuanya berjalan lancar kerana Pixar sebenarnya ingat bahawa mereka menawarkan Sherwyn untuk menjalani latihan praktikal dan menghubunginya semula.
Ketika ini berlaku, Sherwyn sungguh beremosi semasa temu bual kerana Pixar mengingatinya.

Tidak lama selepas itu, dia mendapat tawaran rasmi dan mula bekerja di Pixar pada Jan 2023. Dia terlibat dalam projek di sana, belajar daripada tokoh-tokoh lain dan sebagainya. Selain dirinya, sebenarnya ada banyak lagi rakyat Malaysia yang bekerja di Pixar juga, di mana dia berkata negara kita mempunyai banyak potensi daripada segi bakat kreattif.
Bak kata Sherwyn;
“Apa yang membezakan Malaysia daripada orang-orang besar (AS, Eropah, Jepun), kami mempunyai banyak bakat.” “Teruskan sahaja mengejar impian anda. Anda boleh mencapai banyak perkara yang hebat, cuma jangan berputus asa.”
Itulah nasihat Sherwyn Wong.

Malaysia Digital Content Festival 2023 (MYDCF) akan diadakan dari 27 September 2023 hingga 1 Oktober 2023 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Jika ada masa, ayuh ikut serta sekali.
Baca segala liputan kami tentang Level Up KL di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post