Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jujutsu Kaisen 236: Pertemuan Semula Bersama Geto, Selamat Tinggal Gojo [SPOILER]

Maira by Maira
September 25, 2023
in Artikel, Berita, Manga, Spoiler
0 0
0
Jujutsu Kaisen 236: Pertemuan Semula Bersama Geto, Selamat Tinggal Gojo [SPOILER]

Sumber: MAPPA

Share on FacebookShare on Twitter

Dalam anime sudah dikurung, dalam manga Jujutsu Kaisen pula, malang lain pula yang menimpa Gojo. Baru sahaja peminat bersuka ria apabila Gojo menang menentang Sukuna, tetapi Akutami Gege ada rancangan lain pula untuk watak kesukaan ramai itu. Jujutsu Kaisen bab 236 sememangnya membuatkan ramai peminat sedih malah ada yang memberi penghormatan kepada watak tersebut. Nak tahu apa yang terjadi dalam bab ini, teruskan membaca!

Fans mourn Gojo's death at Santiago, Chile pic.twitter.com/3zpF2s3G9P

— Myamura (@Go_Jover) September 23, 2023

Amaran! Terdapat spoiler untuk manga Jujutsu Kaisen bab 236!

Bab bermula dengan pertemuan semula Gojo dan Geto. Mereka berdua mula berbual mengenai pertarungan Gojo dan Sukuna. Gojo mengakui bahawa Sukuna sememangnya sangat kuat dan dia berasa seronok menentang seseorang yang lebih kuat daripadanya. Tetapi dia kecewa kerana Sukuna tidak menggunakan sepenuh kuasanya semasa pertarungan tersebut. Dia juga berharap bahawa Geto turut menyokongnya semasa dia bertarung.

Sumber: Manga Plus

Kemudian kita berjumpa dengan Nanami dan Haibara yang nampaknya muncul dalam halusinasi Gojo. Dia bertanya kepada Nanami bagaimana pula detik terakhir hidupnya, dan Nanami menjawab bahawa dia teringat kepada kata-kata Mei Mei yang memberitahunya untuk ke “Utara” bagi menemui dirinya yang lain dan ke “Selatan” untuk kekal dengan dirinya. Nanami telah memilih selatan dan berterima kasih kepada Haibara kerana bersamanya.

Gojo akhirnya meninggalkan Geto, Nanami, Haibara, Yaga, Riko dan Kuroi. Akhirnya kita kembali ke Shinjuku dengan separuh badan Gojo telah berada di tanah dan diambang maut.

Sumber: Manga Plus

Kita melihat Sukuna dengan keadaan yang lebih baik berbanding bab sebelum ini. Dia mula memberitahu bahawa Mahoraga telah menyesuaikan dirinya kepada Infinity, jadi ia sudah tidak memberikan kesan kepadanya. Jadi apabila Mahoraga menggunakan Slash, ia bukan sahaja memotong Infinity tetapi termasuk juga segala ruang di dunia ini.

Dia turut berjanji bahawa dia tidak akan lupakan Gojo selagi dia hidup. Bab berakhir dengan Hajime Kashimo tiba ke tempat kejadian dan nampaknya dia akan melawan Sukuna selepas ini!

Sumber: Manga Plus

Rasanya ramai pembaca yang tahu Gege-sensei akan lakukan benda sebegini. Tetapi bila ia jadi kenyataan ramai juga peminat yang bersedih dengan pemergian Gojo. Walaupun begitu, masih ada yang merasakan watak tersebut akan masih hidup dengan kehadiran Hajime. Satu lagi teori menarik adalah Nobara tidak muncul dalam halusinasi Gojo, membuatkan peminat percaya bahawa dia masih hidup.

Sumber: Manga Plus

Tidak sabar untuk melihat apa yang Gege-sensei akan berikan dalam bab baharu minggu depan. Anda yang ingin membaca bab ini, boleh ke aplikasi dan laman web rasmi Manga Plus. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Jujutsu Kaisen daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: JJK236Jujutsu KaisenJujutsu Kaisen 236
ShareTweetSend
Previous Post

GRIDMAN UNIVERSE Akan Tayang di Malaysia pada 12 Oktober oleh TGV Cinemas!

Next Post

Boruto tunjuk Hasil Training selama 2 tahun, cipta Jutsu baru ‘Rasengan: Uzuhiko’! *SPOILER*

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Laptop Gaming Terbaru ROG Tiba Di Malaysia – Zephyrus Duo & ROG Strix Terima Edisi 2026
Laptop

Laptop Gaming Terbaru ROG Tiba Di Malaysia – Zephyrus Duo & ROG Strix Terima Edisi 2026

June 29, 2026
Indie Wavemakers 2026 Bawa Kolaborasi Menarik Bersama charc+r Fest – Dua Acara, Satu Tiket
Acara

Indie Wavemakers 2026 Bawa Kolaborasi Menarik Bersama charc+r Fest – Dua Acara, Satu Tiket

June 29, 2026
Mahu PC Edisi Terhad? Koleksi Ultra-Premium ASUS ROG “Edition 20” Kini Di Malaysia
Teknologi

Mahu PC Edisi Terhad? Koleksi Ultra-Premium ASUS ROG “Edition 20” Kini Di Malaysia

June 26, 2026
Next Post
Boruto tunjuk Hasil Training selama 2 tahun, cipta Jutsu baru ‘Rasengan: Uzuhiko’! *SPOILER*

Boruto tunjuk Hasil Training selama 2 tahun, cipta Jutsu baru 'Rasengan: Uzuhiko'! *SPOILER*

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd