Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Boruto tunjuk Hasil Training selama 2 tahun, cipta Jutsu baru ‘Rasengan: Uzuhiko’! *SPOILER*

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 25, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga, Spoiler
0 0
0
Boruto tunjuk Hasil Training selama 2 tahun, cipta Jutsu baru ‘Rasengan: Uzuhiko’! *SPOILER*
Share on FacebookShare on Twitter

Manga sambungan Boruto: Two Blue Vortex bermula bulan lepas dan serta-merta menerima sambutan yang sangat positif di kalangan pembaca. Kini, bab kedua untuk Boruto telah keluar yang mendedahkan betapa kuatnya protagonis Uzumaki Boruto sekarang berbanding dirinya yang dahulu, sehingga berjaya mencipta jutsu Rasengan baru

Sebelum saya jelaskan bab ini, anda boleh baca dahulu artikel lama kami untuk faham peristiwa bab 1 di SINI. Jika ingin tahu apa yang berlaku dalam Boruto: Two Blue Vortex bab 2, anda boleh membaca rumusan lengkap di bawah.

Boruto: Two Blue Vortex, Ch. 2: Boruto returns to the Hidden Leaf to confront Code! Read it FREE from the official source! https://t.co/uemSsFHGHX pic.twitter.com/o5ztQQNHZc

— Shonen Jump (@shonenjump) September 20, 2023

AMARAN! BERIKUT ADALAH SPOILER UNTUK BORUTO: TWO BLUE VORTEX #2!

Kredit: Shueisha

Code terkejut dengan betapa pantas Boruto muncul, dan menyesal kerana tidak menyerang Konoha lebih awal. Di sini, Boruto mengugut Code supaya menarik balik raksasa-raksasa berbadan manusia yang dibuat oleh Ten-Tails. Namun, Code tidak takut pada Boruto dan teringat bagaimana dia melarikan diri dua tahun sebelum. Boruto masih tegas, dan memberi amaran kepada Code bahawa dia akan “hilang lebih daripada mata kirinya kali ini” jika tidak mengundur diri.

Boruto meminta Sarada untuk membantu orang awam yang lain, dan berjanji untuk bercakap kemudian.

Kredit: Shueisha

Pada masa yang sama, Shikadai melumpuhkan tiga raksasa untuk Chocho serang. Tiba-tiba, seorang lagi raksasa muncul di belakang Chocho, tetapi Inojin berjaya menangkapnya menggunakan burung dakwat bersama Himawari. Raksasa itu kemudian memotong sayap burung itu. Himawari terjatuh dan raksasa itu cuba menggigitnya.

Kawaki muncul dengan cepat dan menyepak raksasa itu jauh manakala Inojin menyelamatkan Himawari.

Kredit: Shueisha

Raksasa yang sama rupanya memiliki Rinnegan, dan berminat dengan Kawaki (yang juga merupakan Otsutsuki). Serta-merta, raksasa itu melompat di antara badan kuncu-kuncu lain lalu menghempas Kawaki ke tanah. Shikadai cuba membantu Kawaki dengan melumpuhkan pergerakan raksasa itu menggunakan jutsu bayang, dan Kawaki mengaktifkan Kāma-nya untuk menghancurkan raksasa tersebut.

Kredit: Shueisha

Kembali semula Boruto, protagonis kita dengan mudah membunuh enam raksasa Ten Tails dengan memanfaatkan ilmu pedang yang diajari oleh Sasuke. Code mengaku kekuatan Boruto, dan memberitahu dia tidak peduli dengan raksasa kecil Ten-Tails, dan hanya menganggap mereka sebagai alat. Ketika ini, Boruto menjelaskan kepada Code bahawa dia masih tidak faham akan kengerian Ten-Tails.

Kredit: Shueisha

Adegan beralih kepada Sarada yang mengalahkan beberapa raksasa dengan Katon: Gokakyu no Jutsu dan Chidori. Ninja Konoha lain tertanya-tanya sama ada dia benar-benar Genin, tetapi Sarada berpendapat pangkat itu tidak penting.

Satu lagi raksasa cuba menggigitnya daripada belakang, tetapi Sarada dilindungi oleh seorang ninja (Soegi) yang kemudian digigit. Raksasa itu berubah menjadi pokok, yang tumbuh serta-merta besar dan memakan Soegi. Perkara yang sama berlaku dengan seorang lagi ninja lain yang digigit.

Kredit: Shueisha

Code sedar bahawa askar-askar Ten Tails cuba menggigit sesiapa sahaja mengikut naluri, sehingga lah suatu hari nanti dapat memakan seorang Otsutsuki untuk bertukar menjadi God Tree. Boruto menambah bahawa campur tangan Code telah mengubah sikap Ten-Tails lalu mengarahkan Code untuk membuang semua askar Ten-Tails sementara dia masih boleh mengawal mereka. Jika tidak, masa depan paling buruk akan menimpa semua orang. Code tidak kisah, kerana matlamat sebenarnya bukan sekadar kehancuran planet bumi.

Kredit: Shueisha

Boruto sanggup membenarkan Code hidup sekiranya orang jahat itu membawa protagonis kita ke badan utama Ten-Tails. Boruto tegas kata; dia boleh membunuh Code dengn mudah. Code tidak percaya dan anggap Boruto sudah gila, dan pasti hanya wira berambut kuning itu yang akan mati.

Boruto bersedia untuk menyerang (di mana Code fikir itu hanya Rasengan biasa); sebaliknya Boruto menggunakan Rasengan: “Uzuhiko”, jutsu Rasengan yang belum pernah dilihat sebelum ini di mana Boruto mengumpulkan chakra di sekeliling dan bukannya di tapak tangan seperti biasa.

Kredit: Shueisha

Baca segala liputan dan berita kami tentang Boruto di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBorutomangaRasenganSpoiler
ShareTweetSend
Previous Post

Jujutsu Kaisen 236: Pertemuan Semula Bersama Geto, Selamat Tinggal Gojo [SPOILER]

Next Post

Mortal Kombat: Onslaught Akan Lancar Pada 17 Oktober Ini! Pra-Daftar Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

SHINOBI: Art of Vengeance – Pengalaman Aksi Ninja Dibuatnya Sepenuhnya Dengan Lukisan Tangan
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Pengalaman Aksi Ninja Dibuatnya Sepenuhnya Dengan Lukisan Tangan

May 16, 2025
Civilization: Eras & Allies Catat Lebih 1.2 Juta Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran
Berita

Civilization: Eras & Allies Catat Lebih 1.2 Juta Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran

May 16, 2025
Konsert Stardew Valley: Festival of Seasons Bakal Memukau Malaysia Dengan Persembahan Muzikal
Konsert

Konsert Stardew Valley: Festival of Seasons Bakal Memukau Malaysia Dengan Persembahan Muzikal

May 16, 2025
Next Post
Mortal Kombat: Onslaught Akan Lancar Pada 17 Oktober Ini! Pra-Daftar Sekarang!

Mortal Kombat: Onslaught Akan Lancar Pada 17 Oktober Ini! Pra-Daftar Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan
Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan

May 14, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd