Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Goblin Slayer Another Adventurer: Nightmare Feast Akan Lancar pada Februari 2024

Maira by Maira
September 25, 2023
in Artikel, Berita, Game, Nintendo Switch, PC, Steam, Taktikal
0 0
0
Goblin Slayer Another Adventurer: Nightmare Feast Akan Lancar pada Februari 2024

Sumber: Bushiroad Games

Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya game daripada siri anime Goblin Slayer ditunda kepada tahun 2024. Melalui pengumuman semasa Tokyo Game Show 2023, game Goblin Slayer Another Adventurer: Nightmare Feast akan dilancarkan pada 29 Februari 2024 di Nintendo Switch dan Steam. Game tersebut boleh dimainkan dalam bahasa Jepun mahupun Inggeris.

/#ゴブスレNF 2024年2月29日に発売決定✨
\

本格タクティクスRPG
「ゴブリンスレイヤー -ANOTHER ADVENTURER- NIGHTMARE FEAST」は、
2024年2月29日に発売決定しました!

予約は10月12日から開始となります!

今後も最新情報を更新していきますのでお見逃しなく!https://t.co/4Z7Ll94iHd…

— ゴブリンスレイヤー -ANOTHER ADVENTURER- NIGHTMARE FEAST公式 (@GoblinSlayer_NF) September 24, 2023

Untuk pengetahuan anda, Goblin Slayer Another Adventurer: Nightmare Feast merupakan sebuah game yang RPG tactical yang selaras dengan gaya Goblin Slayer di mana pemain perlu mempertimbangkan kedudukan unit mereka di medan perang. Selain itu, pemain juga perlu mengambil berat tentang kekuatan dan juga kelemahan dalam dua pasukan tidak kira sama ada pasukan sendiri ataupun musuh.

Pencipta asal siri, Kumo Kagyu juga terlibat dalam pembangunan game ini, di mana beliau menghasilkan konsep asal dan komposisi game. Nooru Kannatsuki yang mereka watak untuk siri anime turut terlibat dalam pembangunan game ini!

Sumber: Bushiroad Games

Berikut adalah perincian kisah dalam Goblin Slayer Another Adventurer: Nightmare Feast:

Heroin ialah seorang gadis muda yang mengambil alih operasi persatuan pengembara menggantikan bapanya yang telah meninggal dunia dan menjadi ketua persatuan di kawasan terpencil, sambil turut mengambil bahagian secara aktif sebagai pengembara.

Semasa pengembaraannya, dia bertemu dengan seorang gadis vampire “Blood Princess” dan bertemu dengan ramai rakan lain. Pada suatu hari, dia menemui “kotak kecil” yang aneh di dalam bilik kerja arwah bapanya. Dipercayai bahawa “kotak kecil” ini adalah artifak yang mempunyai kuasa “menghidupkan semula orang mati”. Apabila protagonis dan partinya terjerat dalam keinginan mereka yang mencari “resurrection of the dead” serta “kotak kecil,” adakah mereka dapat menamatkan peristiwa itu?

Sumber: Bushiroad Games

Kalau anda ingin tahu, ini merupakan game konsol pertama untuk Goblin Slayer! Adakah anda akan mainkan game ini apabila ia tersedia nanti? Boleh tinggalkan pendapat anda di ruang komen. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Goblin Slayer daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Goblin SlayerGoblin Slayer Another Adventurer: Nightmare Feast
ShareTweetSend
Previous Post

MSI & CAPCOM kolab untuk produk gaming eksklusif Monster Hunter sempena ulang tahun ke-20!

Next Post

Rumusan HoYoverse di TGS 2023: Genshin Impact, Honkai: Star Rail, Honkai Impact 3rd & banyak lagi!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Rumusan HoYoverse di TGS 2023: Genshin Impact, Honkai: Star Rail, Honkai Impact 3rd & banyak lagi!

Rumusan HoYoverse di TGS 2023: Genshin Impact, Honkai: Star Rail, Honkai Impact 3rd & banyak lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd