Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MDEC & MATRADE mengetuai Syarikat Gaming & Kreatif Malaysia di Tokyo Game Show 2023!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 19, 2023
in Artikel, Berita, Industri, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
MDEC & MATRADE mengetuai Syarikat Gaming & Kreatif Malaysia di Tokyo Game Show 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) berganding bahu untuk menerajui 16 syarikat gaming dan kandungan kreatif Malaysia di Tokyo Game Show (TGS) 2023 – pameran tahunan terbesar Jepun untuk semua pembangun game dan salah satu ekspo gaming terbesar di dunia, yang berlangsung dari 21 hingga 24 September 2023.

MDEC dan MATRADE komited untuk mempamerkan pembangun game berbakat dari Malaysia, mengukuhkan kerjasama penting dengan Jepun, dan memberi peluang untuk terlibat dengan peneraju industri di seluruh dunia melalui Tokyo Game Show 2023, yang tahun ini bertemakan ‘Games In Motion, The World In Revolution‘.

MDEC bersedia untuk terlibat dengan produser besar, pemaju, dan pelabur dari Jepun dalam mendapatkan peluang untuk Malaysia seperti Pelaburan Langsung Asing (FDI), tawaran eksport dan penyumberan luar, perkongsian penerbitan untuk Harta Intelek (IP), dan pembiayaan untuk Industri Kandungan Digital.

Kredit: Tokyo Game Show 2023

Antara 16 syarikat gaming Malaysia yang bergabung di TGS2023 di Makuhari Messe di Chiba ialah Acxyn, Ammobox Studios, Glow Production, Hide & Seeds Production, Illusionist Animation Studio, IXI Creatives, Kaigan Games, Magnus Games Studio, Quurk, Syncraft, Ten Ten Studio, Weyrdworks, The Illusion Picture, Dreamfact, Metal Brain Studio, dan Fly Studio.

Selain itu, MDEC akan menganjurkan Malaysia Digital Expo 2023 (MDX2023) pada bulan September selama enam minggu yang menghimpunkan pasukan dan individu terbaik daripada ekonomi digital Malaysia untuk menyertai extravaganza besar-besaran ini.

Kredit: MDEC

Selain daripada berfungsi sebagai ekspo dan persidangan teknologi global, ia akan menunjukkan kesediaan Malaysia untuk meneroka dan berkembang; membawa ekosistem digital ke peringkat seterusnya; dan buka pintu untuk perniagaan berkembang ke ASEAN dan selanjutnya.


Untuk membaca segala liputan kami tentang hal-hal tempatan, sila tekan pautan ini.

Tags: MATRADEMDEC
ShareTweetSend
Previous Post

Kualiti Mortal Kombat 1 di Switch Begitu Teruk, Ramai Pemain Kecewa

Next Post

Penjelasan isu ‘Unity Runtime Fee’ – Mengapa Unity dituduh zalim oleh semua studio game?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Penjelasan isu ‘Unity Runtime Fee’ – Mengapa Unity dituduh zalim oleh semua studio game?

Penjelasan isu 'Unity Runtime Fee' - Mengapa Unity dituduh zalim oleh semua studio game?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd