Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Main sebagai Luffy Gear Five dalam ‘One Piece: Pirate Warriors 4 The Battle of Onigashima Pack!’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 18, 2023
in Action, Anime, Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, Musou, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Main sebagai Luffy Gear Five dalam ‘One Piece: Pirate Warriors 4 The Battle of Onigashima Pack!’
Share on FacebookShare on Twitter

One Piece: Pirate Warriors 4 membolehkan pemain mengalami semula salah satu story yang paling epik dalam One Piece dengan DLC ‘The Battle of Onigashima Pack‘, di mana tiga watak baharu akan menyertai senarai watak yang boleh dimainkan.

Sempena itu, anda boleh menonton trailer penuh di bawah untuk gambaran umum:

Berfokus pada Battle of Onigashima, DLC ini akan memperkenalkan watak-watak berikut:

Kredit: Bandai Namco
Kredit: Bandai Namco
  • Luffy (Onigashima Battle): Merupakan kapten kepada Straw Hat Pirates. Dalam pertarungan maut menentang Kaido, maharaja zalim yang memerintah Negara Wano, Luffy membangkitkan kuasa Devil Fruit-nya lalu berubah kepada Gear Five, transformasi terkuatnya. Gunakan kebolehan khas Gear Five dengan “Luffy (Onigashima Battle)” untuk mengubah bentuk buat sementara waktu dan bermain menggunakan Gear Five!
Kredit: Bandai Namco
  • Kaido (Onigashima Battle): Merupakan bentuk Human-Beast Kaido, yang mempunyai keupayaan “Uo Uo no Mi, Model: Seiryu”. Dalam bentuk ini, badannya penuh dengan sisi naga dan meningkatkan kekuatannya. Serangannya digandakan oleh kuasa Haki dan cokmar besinya di mana Kaido dapat menggunakan kombo khas untuk menyerang, tanpa memberi peluang kepada pihak lawan untuk bertindak balas. Semasa serangan udara, Kaido boleh menyerang pelbagai musuh serentak dalam bentuk Naganya.
Kredit: Bandai Namco
  • Yamato: Merupakan anak perempuan kepada Kaido, pahlawan ganas ini juga terdapat dalam pek ini. Yamato menggunakan cokmar gergasinya untuk melakukan pelbagai serangan dan turut boleh menukar kepada bentuk Human-Beast Serigala, lalu menggunakan kombo pantas dan serangan ais untuk membekukan musuh.

Selain itu, episod pertama daripada tiga episod tambahan juga tersedia. Setiap episod boleh dibeli secara individu atau sebagai sebahagian daripada “Additional Episodes Pack.” Episod pertama, “Additional Episode #1: ‘Yamato’s Logbook’ & Soul Sea Map 1,” membolehkan pemain mengembara bersama dan sebagai Yamato, melalui pelbagai peringkat.

Kredit: Bandai Namco

Bagi mereka yang berminat, One Piece: Pirate Warriors 4 Battle of Onigashima Pack tersedia sekarang dan sebahagian daripada Character Pass 2. Pemilik Character Pass 2 juga mendapat akses kepada Onigashima Battle Law Costume sebagai item bonus.

One Piece: Pirate Warriors 4 boleh didapati sekarang di PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC, dan serasi bersama PlayStation 5 dan Xbox Series X|S.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: one pieceOne Piece: Pirate Warriors 4The Battle of Onigashima Pack
ShareTweetSend
Previous Post

Promosi ROG & TUF Gaming Vanguard – Beli laptop baru, dapat ganjaran menarik!

Next Post

“Junji Ito Horror House” Akan Diadakan Di Malaysia Bermula 28 September! Jom Selami Dunia Horror Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
“Junji Ito Horror House” Akan Diadakan Di Malaysia Bermula 28 September! Jom Selami Dunia Horror Ini!

"Junji Ito Horror House" Akan Diadakan Di Malaysia Bermula 28 September! Jom Selami Dunia Horror Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd