Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ESL One Kuala Lumpur 2023 Kembali Disember Ini, Pasukan Dota 2 Terbaik Bersaing Untuk Prize Pool Lebih RM4.6 juta!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 19, 2023
in Artikel, Berita, Esports, MOBA, PC, Steam, Tempatan
0 0
0
ESL One Kuala Lumpur 2023 Kembali Disember Ini, Pasukan Dota 2 Terbaik Bersaing Untuk Prize Pool Lebih RM4.6 juta!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, ESL mengumumkan kepulangan ESL One yang ditaja oleh Intel ke Malaysia pada 11-17 Disember 2023!

Kejohanan Dota 2 bertaraf dunia akan menampilkan 12 pasukan Dota 2 terbaik dari seluruh dunia, yang bersaing untuk merebut prize pool berjumlah USD $1,000,000 (lebih RM4.6 juta).

Selepas tiga kejohanan ESL One sebelum ini yang dihoskan di Genting, kejohanan tahun ini akan berlangsung di Kuala Lumpur, dengan perlawanan playoff pada 15-17 Disember secara langsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Format

Kredit: YouTube ESL Dota 2

ESL One Kuala Lumpur 2023 akan bermula dengan Group Stage selama tiga hari, berlangsung dari 11-13 Disember dan terdiri daripada dua kumpulan merangkumi enam pasukan yang bersaing dalam format single round-robin.

Enam pasukan teratas daripada Group Stage akan meneruskan ke Playoff yang akan berlangsung pada 15-17 Disember, dan menampilkan format double elimination.

Pasukan yang bertanding akan diumumkan kemudian.

Kredit: YouTube ESL Dota 2

Tiket

Tiket Wave 1 ke ESL One Kuala Lumpur 2023 akan mula dijual pada 21 September jam 15:00 MYT, di mana harga bermula dari RM149. Butiran penuh boleh didapati di bawah:

  • Premium 3-Day (RM549)
  • Akses kepada semua perlawanan Playoff pada 15, 16 & 17 Disember
  • Bounty Bag Premium
  • Tempat duduk di hadapan, paling hampir dengan pemain
  • Akses kepada Sesi Tandatangan
  • Lencana peserta premium
  • Plus 3-Day (RM349)
  • Akses kepada semua perlawanan Playoff pada 15, 16 & 17 Disember
  • Bounty Bag Premium
  • Akses kepada Sesi Tandatangan
  • 3-Day General Admission (RM149)
  • Akses kepada semua perlawanan Playoff pada 15, 16 & 17 Disember
  • Akses kepada Sesi Tandatangan

Untuk membeli tiket, peminat boleh melayari laman web rasmi di SINI!

ESL One Kuala Lumpur 2023 akan disiarkan secara langsung di halaman ESL Dota 2 Twitch dan YouTube, dan melalui rakan kongsi siaran khusus.


Untuk membaca segala liputan kami tentang ESL, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dota 2ESL OneESL One Kuala Lumpur 2023
ShareTweetSend
Previous Post

Final Fantasy VII Rebirth: Info edisi Standard, Digital, Collector’s, Twin Pack & banyak lagi!

Next Post

TEKKEN 8 Perkenalkan Feng Wei, Sesi Closed Beta Test Diumumkan! Daftar Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!
Movie/siri

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!

June 1, 2025
Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun
Movie/siri

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun

June 1, 2025
Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!
Movie/siri

Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!

June 1, 2025
Next Post
TEKKEN 8 Perkenalkan Feng Wei, Sesi Closed Beta Test Diumumkan! Daftar Sekarang!

TEKKEN 8 Perkenalkan Feng Wei, Sesi Closed Beta Test Diumumkan! Daftar Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd