Sejak awal siri Jujutsu Kaisen lagi, kita dapat tahu bahawa Gojo merupakan mentor kepada Megumi. Boleh tahan rapat juga melihat mereka berdua. Tetapi pertemuan antara Gojo dan Megumi bukan seperti pelajar-pelajar lain di Jujutsu High. Jom kita teroka sedikit bagaimana Gojo bertemu dengan Megumi dan menjadi mentor kepadanya.
Episod lima Jujutsu Kaisen musim kedua telah pun menamatkan arc “Gojo’s Past” dengan persahabatan antara Gojo dan Geto putus. Tetapi perkara lain yang menjadi highlight adalah pertemuan antara Gojo dan Megumi, sewaktu dia masih kecil.

Rupa-rupanya Gojo sudah lama mencari Megumi setelah kematian Toji. Apabila nampak sahaja muka Megumi, sorcerer hebat itu seolah-olah marah kerana mukanya kelihatan hampir sama seperti Toji. Selepas itu dia mula memberitahu Megumi tentang apa yang Toji ingin lakukan padanya yang melibatkan keluarga Zenin.

Malangnya Megumi tidak kisah langsung mengenai bapanya itu dan bertanya jika Tsumiki akan gembira jika dia tinggal bersama keluarga Zenin. Gojo dengan penuh jujurnya memberitahu bahawa dia tidak akan sesekali gembira di sana. Melihat reaksi Megumi, Gojo ketawa dan memberitahunya bahawa dia akan lakukan sesuatu mengenainya.

Sebelum meninggalkannya, dia menambah bahawa Megumi perlu bekerja keras dan menjadi lebih kuat, cukup kuat untuk tidak ditinggalkan olehnya. Bermula daripada perjumpaan itu, Megumi dan Tsumiki berada di bawah jagaan Gojo. Malah Megumi juga dimasukkan ke Jujutsu High dan menjadi anak muridnya selepas itu.
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda kali ini. Anda yang masih belum menonton Jujutsu Kaisen Season 2, anda boleh menontonnya melalui platform rasmi seperti Netflix, Bilibili dan iQIYI. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Jujutsu Kaisen daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post