Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Yu-Gi-Oh! DUEL LINKS tambah update besar Rush Duel pada 28 September!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 8, 2023
in Android, Artikel, Berita, iOS, Kad Strategi, Mobile, PC, Steam
0 0
0
Yu-Gi-Oh! DUEL LINKS tambah update besar Rush Duel pada 28 September!
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa kejohanan dunia kelmarin, Konami Digital Entertainment Limited mengumumkan bahawa Yu-Gi-Oh! DUEL LINKS akan menerima update besar pada bulan depan bernama “Rush Duel,” yang memberi cara yang lagi dinamik dan menarik untuk bermain permainan kad popular tersebut!

Didedahkan oleh Akitsu Terashima, produser Yu-Gi-Oh! DUEL LINKS pada hari Ahad lalu, Rush Duel akan datang ke permainan kad digital popular tersebut pada 28 September dan akan dilancarkan bersama dunia serba baharu berdasarkan siri animasi, Yu-Gi-Oh! SEVENS.

Jadi apakah isi kandungan update ini? Secara am, Rush Duel menawarkan cara mainan Yu-Gi-Oh yang lebih ringkas dan linear untuk menghiburkan pemain baru dan lama. Pada masa yang sama, update ini direka untuk memberikan “permulaan baharu” kepada semua pemain .

Kredit: KONAMI

Rush Duel ialah alternatif format untuk Yu-Gi-Oh!, berbeza daripada peraturan Yu-Gi-Oh! TCG. Dalam Rush Duel, pemain boleh menarik banyak kad serentak, untuk mengisi semula kad di tangan mereka sehingga penuh pada setiap pusingan. Pemain juga boleh menyeru kad kuat secara berturut-turut, untuk memenuhi medan perang dengan kad dalam perlawanan fast-pace dan mendebarkan.

Bagi mereka yang lebih menggemari format lama, jangan risau. Kedua-dua format; Yu-Gi-Oh! DUEL LINKS dan Yu-Gi-Oh! Rush Duel tersedia untuk dimainkan.

“Kami berharap kedua-duanya akan dinikmati oleh semua orang di seluruh dunia. Sila nantikan update besar seterusnya dalam Yu-Gi-Oh! DUEL LINKS.”

-kata Akitsu Terashima.
Kredit: KONAMI
Kredit: KONAMI

Yu-Gi-Oh! DUEL LINKS membawa permainan kad popular ini ke peranti mudah alih dan pada PC. Di sini, pemain boleh bertemu watak-watak ikonik seperti Yami Yugi, Jaden Yuki, Yusei Fudo, dan watak-watak kesayangan lain daripada francais Yu-Gi-Oh! francais dalam aksi pertempuran kad kompetitif.

Sekali lagi saya ingatkan, format Rush Duel dan dunia Yu-Gi-Oh! SEVENS akan tiba pada 28 September! Bagi sesiapa yang berminat, game ini tersedia untuk muat turun secara percuma di App Store untuk iPad, iPhone dan iPod touch, Google Play untuk peranti Android dan untuk PC melalui Steam.


Alang-alang kalau korang nak baca segala berita kami tentang francais Yu-Gi-Oh termasuk tentang World Championship 2023 Series yang baru berlangsung, sila tekan pautan ini.

Muat Turun Disini!!!
Yu-Gi-Oh! Duel Links
Developer: KONAMI
Release Date: 2016-11-17
Android, Microsoft Windows
Bawa semangat anda ke DUEL di mana sahaja anda pergi dan mencabar untuk menjadi yang terbaik dari yang terbaik!
Tags: Rush DuelYu-Gi-OhYu-Gi-Oh! Duel Links
ShareTweetSend
Previous Post

Cerita Utama Manga Oshi no Ko Ditunda Sehingga September, Diganti dengan Siri Pendek oleh Pelukis!

Next Post

Jujutsu Kaisen: Bagaimana Megumi Berada di Bawah Jagaan Gojo & Bukan Keluarga Zenin?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Jujutsu Kaisen: Bagaimana Megumi Berada di Bawah Jagaan Gojo & Bukan Keluarga Zenin?

Jujutsu Kaisen: Bagaimana Megumi Berada di Bawah Jagaan Gojo & Bukan Keluarga Zenin?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd