Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bleach: Soul Resonance – Game aksi 3D mobile terbaru dalam francais Bleach!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 6, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Mobile
0 0
0
Bleach: Soul Resonance – Game aksi 3D mobile terbaru dalam francais Bleach!
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak boleh dinafikan, Bleach sedang membuat comeback! Sempena itu, penerbit game Nuverse telah mengumumkan Bleach: Soul Resonance, game aksi 3D baharu untuk peranti mobile di mana peminat dapat mengalami pengembaraan protagonis Kurosaki Ichigo dan rakan-rakan ketika dia bertarung dengan pelbagai musuh termasuk Hollow, Shinigami, Arrancar dan banyak lagi.

Anda boleh melihat trailer di bawah untuk gambaran lebih umum:

https://www.youtube.com/watch?v=o3SJFwPmxww&ab_channel=Bleach%3ASoulResonance

Dilesenkan secara rasmi oleh animasi TV, game Bleach: Soul Resonance menggabungkan visual terkini siri anime Thousand-Year Blood War (musim terbaru) ke dalam gameplay aksi 3D yang melibatkan pertarungan pedang.

Kita akan bermain sebagai protagonis Ichigo Kurosaki untuk menyelamatkan Rukia Kuchiki, Orihime Inoue, dan dunia manusia. Alami semula setiap detik penting daripada jalan cerita asal dan berjuang untuk menjadi lebih kuat demi menyelamatkan semua orang.

Kredit: Nuverse

Nuverse menjelaskan gameplay umum; yang menampilkan pertarungan pedang seperti di dalam anime dan “mekanik mengumpul dan menguatkan pelbagai watak” serta bekerjasama dengan pemain lain dalam pertempuran. Daripada situ, saya faham bahawa game ini akan memiliki sistem ala gacha tapi saya tidak begitu pasti bagaimana ia akan dilaksanakan.

Disebabkan boleh mengumpul pelbagai watak, pemain juga boleh mencuba setiap Zanpakuto mereka yang unik termasuk Zangetsu (Ichigo), Sode no Shirayuki (Kuchiki Rukia), Senbonzakura (Kuchiki Byakuya) dan Kyouka Suigetsu (Aizen Sosuke). Setiap watak memiliki gaya pertempuran berbeza dan unik, lantas memberikan pengalaman pertempuran yang berbeza setiap kali.

Kredit: Nuverse

Game ini direka untuk mengekalkan ketulenan kisah Bleach, setiap watak, plot cerita, reka bentuk senjata dan persekitaran memberi penghormatan kepada karya asal, untuk membawa pengalaman paling autentik bagi peminat Bleach.

Ini barulah pengumuman pertama. Bleach: Soul Resonance akan dilancarkan sebagai game free-to-play pada tahun 2024 untuk platform mobile. Tarikh tepat tidak diumumkan, tetapi anda boleh melayari laman web rasmi untuk maklumat lanjut atau ikuti media sosial rasmi mereka.

Kredit: Nuverse

Baca segala berita kami tentang francais Bleach di SINI.

Tags: bleachBleach: Soul ResonanceMobile
ShareTweetSend
Previous Post

Rancangan DLC & Pendekatan Combat — Interview Final Fantasy XVI Bersama Producer Naoki Yoshida!

Next Post

DanMachi BATTLE CHRONICLE Bakal Lancar 24 Ogos 2023! Sudah Boleh Pra-daftar!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
DanMachi BATTLE CHRONICLE Bakal Lancar 24 Ogos 2023! Sudah Boleh Pra-daftar!

DanMachi BATTLE CHRONICLE Bakal Lancar 24 Ogos 2023! Sudah Boleh Pra-daftar!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd