Tahun ini, sudah banyak game mobile yang telah dibatalkan oleh pembangun-pembangun game. Sebagai contoh, Battlefield Mobile dan Apex Legends Mobile oleh EA. Nampaknya satu lagi game mobile telah dibatalkan tetapi kali ini daripada Square Enix pula. Game mobile yang kami maksudkan adalah Just Cause Mobile.

Game mobile tersebut pertama kali diumumkan semasa acara The Game Award 2020. Just Cause Mobile merupakan sebuah game action shooter single-player yang percuma untuk dimainkan. Ia juga hadir dengan mode multiplayer. Dilaporkan oleh VGC, projek tersebut telah pun dibatalkan oleh Square Enix.

“Dengan penuh rasa sedih kami mengumumkan penamat untuk pembangunan Just Cause Mobile,” kata Anne-Lou Grosbois-Favreau, peneraju jenama global Square Enix dalam francais Just Cause.
“Mulai esok, 3 Julai 2023, game itu tidak lagi akan muncul di kedai digital. Tidak mudah untuk membuat pengumuman sebegini, terutamanya kepada peminat kami yang telah menunggu pelancarannya. Kami amat menghargai sokongan yang anda berikan kepada kami.
“Sila ambil maklum bahawa mana-mana Blue Diamond yang dibeli semasa Regional Early Access telah dibayar balik sepenuhnya kepada Akaun Google Play anda pada 24 Februari 2023.”
Just Cause Mobile sepatutnya dilancarkan pada tahun 2021 tetapi telah ditunda beberapa kali. Hanya beberapa negara sahaja yang berpeluang untuk mencuba game shooter ini. Ia juga tersedia di Malaysia sebagai akses awal untuk dimainkan. Dengan pembatalan game ini, laman web rasmi serta akaun media sosial game telah dipadam. Halaman game di Google Play masih lagi tersedia, tetapi berkemungkinan besar anda tidak akan dapat bermainnya.
Untuk mendapatkan berita lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post