Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MCU atau DCEU? Yang mana satu jadi pilihan rakyat Malaysia pada tahun ini?

safwan by safwan
June 26, 2023
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
MCU atau DCEU? Yang mana satu jadi pilihan rakyat Malaysia pada tahun ini?

Sumber: Marvel & Warner Bros

Share on FacebookShare on Twitter

Selepas separuh daripada 2023 telah pun berlalu, MCU dan DCEU masing-masing telah mengeluarkan 2 filem mereka di mana MCU meneruskan perkembangan dalam Multiverse, manakala DCEU pula baru sahaja menetapkan timeline baharu menerusi filem The Flash baru-baru ini.

Apa kata kita lihat bagaimana prestasi keempat-empat filem yang telah dikeluarkan oleh MCU dan DCEU ini menerusi kutipan Box Office Malaysia dan seluruh dunia.

Marvel Cinematic Universe (MCU)

Kredit: Marvel

MCU telah memulakan 2023 dengan mengeluarkan Ant-Man and the Wasp: Quantumania pada 16 Februari 2023 di Malaysia. Jumlah kutipan semasa pembukaan filem adalah sebanyak $2,142,259 (anggaran RM 10,040,767.93) dan jumlah kutipan keseluruhan filem ini adalah sebanyak $5,049,683 (anggaran RM 23,667,864.22) di Malaysia.

Manakala jumlah kutipan seluruh dunia pula adalah sebanyak $476,071,180 (anggaran RM 2,231,345,620.66). Walaupun kutipan filem ini hampir mencecah $500 juta, filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania masih tidak mencapai target Marvel dan gagal pulang modal.

Kredit: Marvel

Sejujurnya, filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania adalah sebuah filem yang agak baik tetapi saya rasa terdapat beberapa elemen yang menjadikan filem ini agak kurang menyeronokkan. Mana tidaknya, Ant-Man yang tidak mempunyai kuasa kuat, secara tiba-tiba boleh mengalahkan seorang villain yang sangat kuat iaitu Kang the Conqueror. Walaupun ramai yang memuji lakonan Jonathan Major sebagai villain, filem ini masih tidak berjaya membawa pulangan modal.

Kredit: Marvel

Untuk filem kedua MCU pada tahun ini adalah Guardians of the Galaxy Vol. 3 yang telah memulakan tayangan pada 5 Mei 2023 di Malaysia. Filem ini telah mengutip sebanyak $1,979,390 (anggaran RM 9,277,400.93) semasa minggu pembukaan dan berjaya membawa jumlah keseluruhan sehingga $4,392,365 (anggaran RM 20,587,014.75) di Malaysia.

Walaupun jumlah kutipan di Malaysia adalah kurang daripada filem Ant-Man 3, filem Guardians of the Galaxy ini telah berjaya membawa pulang sehingga $827,914,739 (anggaran RM 3,880,436,381.69) di seluruh dunia. Jumlah ini adalah lebih kurang 2 kali ganda daripada jumlah kutipan seluruh dunia filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania.

Kredit: Marvel

Filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 adalah sebuah filem yang memfokuskan kepada latar belakang Rocket dan menetapkan semula pasukan Guardians of the Galaxy. Sambil itu, pasukan Guardians of the Galaxy juga perlu menumpaskan villain utama iaitu High Evolutionary yang dilakonkan oleh Chukwudi Iwuji. Prestasinya membawa watak sebagai seorang villain adalah sangat bagus dan nampak lebih berimpak daripada Kang of the Conqueror.

  • Ant-Man and the Wasp: Quantumania
    • Seluruh dunia – $476,071,180 (anggaran RM 2,231,345,620.66)
    • Malaysia – $5,049,683 (anggaran RM 23,667,864.22)
  • Guardians of the Galaxy Vol.3
    • Seluruh dunia – $827,914,739 (anggaran RM 3,880,436,381.69)
    • Malaysia – $4,392,365 (anggaran RM 20,587,014.75)

DC Extended Universe (DCEU)

Kredit: Warner Bros.

Bergerak ke francais DCEU yang telah memulakan tahun ini dengan tayangan Shazam! Fury of the Gods pada 15 Mac 2023 di Malaysia. Jumlah kutipan filem ini semasa minggu pembukaan adalah hanya $857,000 (anggaran RM 4,010,760.00) dan hanya membawa jumlah kutipan $1,200,000 (anggaran RM 5,616,000.00) di Malaysia.

Dengan kutipan seluruh dunia hanya $133,783,006 (anggaran RM 626,104,468.08), filem ini adalah filem paling teruk yang pernah dikeluarkan sejak DCEU dihasilkan. Walaupun filem terbaru DCEU The Flash masih ditayangkan di pawagam, filem ini telah berjaya melangkaui rekod tersebut.

Kredit: Warner Bros.

Mungkin disebabkan dengan perwatakan Shazam itu sendiri, filem ini tidak berjaya menarik minat ramai orang. Kalau nak ikutkan, ini adalah filemnya yang kedua dan sepatutnya berjaya membawa pulangan lebih daripada filemnya yang pertama. Tetapi disebabkan perkara tertentu, filem ini langsung tidak membawa apa-apa hasil pulangan.

Kredit: Warner Bros.

Filem kedua DCEU pada tahun ini adalah The Flash yang telah memulakan tayangan pada 14 Jun 2023 dan masih ditayangkan di pawagam Malaysia. Memandangkan filem ini masih ditayangkan, rekod yang dihasilkan di dalam artikel ini mungkin akan berlainan dari masa ke masa.

Buat masa sekarang, kita masih tidak tahu jumlah kutipan keseluruhan di Malaysia tetapi kutipan keseluruhan seluruh dunia telah menunjukkan yang filem ini telah berjaya mengalahkan Shazam! Fury of the Gods dengan jumlah $210,944,000 (anggaran RM 987,217,920.00).

Kredit: Warner Bros.

Nampaknya filem The Flash lebih berkesan dan mungkin ramai yang menonton filem ini semata-mata ingin melihat Batman yang dilakonkan oleh Michael Keaton dan ramai lagi watak cameo yang ditunjukkan. Filem The Flash ini juga berfungsi sebagai penetapan semula timeline untuk memulakan satu universe baharu iaitu DCU yang akan dikendalikan oleh James Gunn.

  • Shazam! Fury of the Gods
    • Seluruh dunia – $133,783,006 (anggaran RM 626,104,468.08)
    • Malaysia – $1,200,000 (anggaran RM 5,616,000.00)
  • The Flash
    • Seluruh dunia – $210,944,000 (anggaran RM 987,217,920.00)
    • Malaysia – Masih belum direkodkan
Kredit: IMDbPro

Melalui rekod yang diperolehi daripada Box Office Mojo, kita sendiri boleh melihat yang ramai peminat lebih memilih MCU dari DCEU. Mungkin kerana MCU yang lebih terkenal dalam jalan cerita yang memperkenalkan Multiverse atau mungkin kerana watak DCEU yang terkenal tidak muncul dalam kedua-dua filem ini?

Apa pendapat anda mengenai perkara ini? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Ant-Man and the Wasp: QuantumaniaDC Extended UniverseDCUGuardians of the Galaxy Vol. 3MarvelMarvel Cinematic UniversemcuShazam! Fury of the GodsThe Flash
ShareTweetSend
Previous Post

PICO Malaysia & FitXR bekerjasama untuk program “hidup sihat cergas memakai VR”

Next Post

Avengers berkumpul di Jewel Changi Airport dalam pameran 3D realistik interaktif!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Avengers berkumpul di Jewel Changi Airport dalam pameran 3D realistik interaktif!

Avengers berkumpul di Jewel Changi Airport dalam pameran 3D realistik interaktif!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd