Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gamers Hideout umum acara ‘Final Fantasy XVI Midnight Collection’ di Sunway Pyramid @ 21 Jun!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 13, 2023
in Action, ARPG, Artikel, Berita, Produk, PS5, RPG, Tempatan
0 0
0
Gamers Hideout umum acara ‘Final Fantasy XVI Midnight Collection’ di Sunway Pyramid @ 21 Jun!
Share on FacebookShare on Twitter

Final Fantasy XVI akan dilancarkan tidak lama lagi, dan saya yakin ramai peminat telah membuat pre-order dan sedang sabar menunggu ketibaan game tersebut. Dengan itu, Gamers Hideout mengumumkan bahawa mana-mana gamer yang pre-order FFXVI versi fizikal atau bundle konsol tertentu (melalui GH) boleh datang ambil pembelian mereka di Sunway Pyramid pada malam 21 Jun 2023 sempena Final Fantasy XVI Midnight Collection.

Kredit: Gamers Hideout

Sekali lagi saya ingatkan, acara ‘Midnight Collection’ ini khas hanya untuk pelanggan Gamers Hideout sahaja, yang membuat pre-order Final Fantasy XVI melalui kedai runcit/kedai dalam talian. Jika anda pre-order FFXVI melalui Kedai Sony atau kedai game lain, anda tidak layak untuk sertai acara ini.

Bagi peminat tegar yang belum pre-order FFXVI, ini adalah masa yang baik untuk anda bermain game ini lebih awal. Seperti saya kata tadi, hanya pembelian tertentu sahaja yang melayakkan anda dan ini termasuk:

  • PS5 Console Disc Version FFXVI Bundle
  • PS5 Console Digital Version FFXVI Bundle
  • PS5 Final Fantasy XVI Standard Edition (physical game copy)
  • PS5 Final Fantasy XVI Deluxe Edition
  • PS5 Final Fantasy XVI Collectors Edition
Kredit: PlayStation

Selepas membuat pre-order dan membayar baki bayaran, anda perlu mengisi borang khas ini untuk mengutip pembelian anda di Final Fantasy XVI Midnight Collection. Borang ini akan ditutup pada 18 Jun 2023 jam 11.59 malam, jadi lebih awal anda pre-order, lagi bagus.

Lokasi Final Fantasy XVI Midnight Collection adalah di kedai Gamers Hideout cawangan Sunway Pyramid (Orange Concourse Area) pada hari Rabu, 21 Jun jam 9pm-12am.


Bagi mereka yang tidak tahu tentang FINAL FANTASY XVI, ia adalah game ARPG dan sekuel terbaru dalam barisan utama Final Fantasy. Membintangi watak protagonis baharu dalam dunia baharu dengan kisah baharu, XVI menggabungkan kombinasi gameplay FF7 Remake dan pertempuran raksasa gergasi. Kami berpeluang untuk mencuba preview awal bagi Final Fantasy XVI yang anda boleh baca di SINI.

Final Fantasy XVI akan keluar di PlayStation 5 pada 22 Jun 2023 manakala versi demo tersedia sekarang. Baca segala berita kami tentang game ini di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Final Fantasy XVIGamers Hideoutsunway pyramid
ShareTweetSend
Previous Post

PRAGMATA Ditunda Lagi, Trailer Gameplay Pertama Didedahkan!

Next Post

Apollo Justice: Ace Attorney Trilogy Diumumkan! Akan Lancar pada Awal 2024!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Apollo Justice: Ace Attorney Trilogy Diumumkan! Akan Lancar pada Awal 2024!

Apollo Justice: Ace Attorney Trilogy Diumumkan! Akan Lancar pada Awal 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd