Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sekuel Final Fantasy VII Rebirth akan keluar awal 2024, trailer pertama dipamerkan! [SGF 23]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 9, 2023
in Action, Artikel, Berita, Livestream, PS5, RPG
0 0
0
Sekuel Final Fantasy VII Rebirth akan keluar awal 2024, trailer pertama dipamerkan! [SGF 23]
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas keluaran Final Fantasy XVI pada tahun ini, nampaknya Square Enix akan kekal sibuk memandangkan mereka masih bekerja keras untuk Final Fantasy VII Rebirth, yang bakal dilancarkan untuk PlayStation 5 pada awal tahun 2024. Merupakan sekuel kepada game pertama yang keluar pada 2020, Square Enix mengesahkan yang ‘Rebirth’ juga akan dikumpulkan dalam 2 CD.

Berikut adalah trailer rasmi pertama:

Buat sesiapa yang tidak tahu, Final Fantasy VII Rebirth ialah sekuel kepada projek remake Final Fantasy VII, yang menceritakan semula kisah paling ikonik dalam sejarah RPG. Rebirth akan menyambung cerita Cloud, Barret, Tifa, Aerith dan Red XIII selepas mereka melarikan diri dari bandar dystopia Midgar dan memulakan perjalanan baharu untuk mengejar Sephiroth, musuh dan penjahat misteri dari masa lalu Cloud yang dianggap telah mati.

Kredit: Square Enix

Menurut Square Enix, pemain akan meneroka dunia yang luas, semuanya dihidupkan dengan tahap ketulenan grafik baharu. Ketika pemain menjalani naratif dan cuba untuk membongkarkan misteri dunia, mereka juga akan menyaksikan kisah peribadi setiap watak dan mengukuhkan ikatan mereka untuk bekerjasama serta berdepan dengan musuh yang kuat.

Buat masa ini, trailer tidak banyak mendedahkan info baharu; yang dikenal pasti adalah Red XIII dan Yuffie akan menjadi watak yang boleh dimainkan kali ini. Selain itu, gameplay kekal sama (buat masa ini).

Kredit: Square Enix

Cuma, satu perubahan besar adalah pada naratif. Dalam pengakhiran game pertama, pemain dapat tahu bahawa jalan cerita untuk versi Remake sangat berbeza daripada yang original. Ini bermaksud macam-macam boleh berlaku dalam Rebirth. Dalam trailer di atas, Sephiroth seolah-olah telah membunuh Tifa di Mako Reactor. Dalam game original, Tifa tidak mati dan rupanya terselamat daripada maut, tetapi adakah versi remake akan memberi senario alternatif?

Kita akan tahu lebih lanjut apabila Square Enix mendedahkan info baharu.

Kredit: Square Enix

Final Fantasy VII Rebirth akan dilancarkan untuk PlayStation 5 pada awal tahun 2024. Baca segala berita kami tentang pengumuman Summer Game Fest 2023 di SINI.

Tags: Final Fantasy VII RebirthSGF 23
ShareTweetSend
Previous Post

Demo Lies of P kini sedia untuk muat turun, akan keluar 19 September 2023 [SGF 23]

Next Post

Persona 3 Reload & Persona 5 Tactica Dibocorkan Secara Tidak Sengaja Oleh ATLUS!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu ROG Zephyrus Duo (2026) – Kuasa RTX 5090 Dalam Form-Factor Dua Skrin, Jadi Raja Multitasking
Review

Reviu ROG Zephyrus Duo (2026) – Kuasa RTX 5090 Dalam Form-Factor Dua Skrin, Jadi Raja Multitasking

July 23, 2026
Nikmati Game Klasik Xbox Di PC & Handheld Secara Backward Compatibility
Berita

Nikmati Game Klasik Xbox Di PC & Handheld Secara Backward Compatibility

July 23, 2026
Steam Rombak Sistem Gift & Wishlist – Mudahkan Kawan & Keluarga Belikan Game Untuk Kita
Steam

Steam Rombak Sistem Gift & Wishlist – Mudahkan Kawan & Keluarga Belikan Game Untuk Kita

July 23, 2026
Next Post
Persona 3 Reload & Persona 5 Tactica Dibocorkan Secara Tidak Sengaja Oleh ATLUS!

Persona 3 Reload & Persona 5 Tactica Dibocorkan Secara Tidak Sengaja Oleh ATLUS!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd