Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Marvel’s Spider-Man 2 akan tiba 20 Oktober 2023, info setiap edisi pre-order! [SGF 23]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 9, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Livestream, Open World, PS5
0 0
0
Marvel’s Spider-Man 2 akan tiba 20 Oktober 2023, info setiap edisi pre-order! [SGF 23]
Share on FacebookShare on Twitter

BERITA RASMI! Marvel’s Spider-Man 2 akan dilancarkan di PlayStation 5 pada 20 Oktober 2023 di mana peminat boleh pre-order bermula 16 Jun nanti, menurut kata Sony Interactive Entertainment dan Insomniac Games di acara Summer Game Fest tahun ini.

Kredit: Insomniac Games

Dalam Marvel’s Spider-Man 2, pemain akan meneroka bandar New York milik Marvel sebagai Peter Parker dan Miles Morales. Seperti yang peminat dapat melihat dalam PlayStation Showcase pada bulan lepas — jalan cerita utama game ini akan membolehkan anda mengawal kedua-dua Spider-Men pada titik-titik berbeza dalam jalan cerita. Dalam dunia yang dua kali lebih besar daripada game pertama, anda akan dapat menukar hampir serta-merta antara kedua-dua watak semasa anda meneroka Manhattan, Queens dan Brooklyn.

Kedua-dua Spider-Man mempunyai jalan cerita dan misi eksklusif di mana mereka terpaksa menghadapi musuh baharu termasuk Venom, Lizard dan Kraven. Tetapi masing-masing mempunyai kebolehan baharu: Peter dengan symbiote, dan Miles dengan kuasa Venom bioelektrik.

Kredit: Insomniac Games

Info pre-order

Selain tarikh pelancaran, Insomniac Games juga mengumumkan bahawa pre-order untuk game ini akan bermula pada 16 Jun 2023. Edisi standard berharga RM299.

Peminat yang pre-order mana-mana edisi Marvel’s Spider-Man 2 akan menerima:

  • Arachknight Suit untuk Peter dengan 3 varian warna tambahan
  • Shadow Spider Suit for Miles dengan 3 varian warna tambahan
  • gajet Web Grabber
  • 3 skill point
Kredit: Insomniac Games

Digital Deluxe

Edisi Marvel’s Spider-Man 2 Digital Deluxe akan termasuk base game (PS5), semua bonus pre-order, serta:

  • 5 sut unik untuk Peter
    • Tactical Suit
    • Aurantia Suit
    • 25th Century Suit
    • Stone Monkey Suit
    • Apunkalyptic Suit
  • 5 sut unik untuk Miles
    • Agimat Suit
    • Red Spectre Suit
    • Encoded Suit
    • Biomechanical Suit
    • Tokusatsu Suit
  • item tambahan untuk Photo Mode
  • 2 skill point

Edisi Digital Deluxe akan berharga RM339.

Kredit: Insomniac Games

Collector’s Edition

Collector’s Edition pula termasuk kod baucar untuk edisi Digital Deluxe, serta sarung Steelbook® case, dan patung 19-inci berkualiti tinggi yang menampilkan pertarungan Peter dan Miles bertarung Venom.

Collector’s Edition akan berharga RM969.

Kredit: Insomniac Games

Marvel’s Spider-Man 2 akan dilancarkan di  PlayStation 5 pada 20 Oktober 2023. Baca segala berita kami tentang pengumuman Summer Game Fest 2023 di SINI.


Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Marvel’s Spider-Man 2Pre-OrderSGF 23
ShareTweetSend
Previous Post

Honkai: Star Rail Akan Lancar ke PS5 pada Suku Akhir 2023! [SGF 23]

Next Post

Final Fantasy VII: Ever Crisis Akan Hadir ke iOS & Android, Ujian Beta Dijadualkan pada 9 Hingga 29 Jun! [SGF 23]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Final Fantasy VII: Ever Crisis Akan Hadir ke iOS & Android, Ujian Beta Dijadualkan pada 9 Hingga 29 Jun! [SGF 23]

Final Fantasy VII: Ever Crisis Akan Hadir ke iOS & Android, Ujian Beta Dijadualkan pada 9 Hingga 29 Jun! [SGF 23]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd