Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Diablo IV kini boleh main – Halsey & SUGA BTS nyanyi lagu tema “LILITH”!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 6, 2023 - Updated on June 16, 2023
in Action, Artikel, Battle.net, Berita, Muzik, PC, PS4, PS5, RPG, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Diablo IV kini boleh main – Halsey & SUGA BTS nyanyi lagu tema “LILITH”!
Share on FacebookShare on Twitter

Tempoh akses awal sudah tamat, dan kini semua orang di seluruh dunia dapat bermain Diablo IV, yang kini rasmi dilancarkan di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Battle.net. Sempena itu, Blizzard telah mengeluarkan video muzik rasmi untuk Diablo IV yang menampilkan nyanyian daripada Halsey dan SUGA BTS selaku artis kolaborasi:

Secara khusus lagi, Halsey (artis multi-platinum Amerika) dan SUGA (ikon K-pop daripada kumpulan BTS) telah berkolaborasi untuk melancarkan video muzik rasmi bertajuk “Lilith (Diablo IV Anthem)” dengan kerjasama Blizzard Entertainment. Diarahkan oleh Henry Hobson, video itu dirakam di beberapa lokasi termasuk di dalam Chapelle des Jésuites (Jesuits’ Chapel) di Cambrai, Perancis, di mana Blizzard telah memenuhi siling dengan lukisan dan mural 160 kaki yang diilhamkan oleh permainan itu.

Dengan lebih daripada 8 juta tontonan dalam masa 7 hari sahaja, Blizzard juga mengeluarkan Behind the Scenes untuk muzik video yang anda boleh tonton di bawah:

Kredit: YouTube@Halsey

Halsey berkata:

“Saya sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan SUGA BTS dalam versi rekaan semula “Lilith” untuk lagu Diablo IV! Setelah menghabiskan berjam-jam di Sanctuary bersama keluarga, saya di sini sebagai peminat dan rakan usaha sama.”

“Selain itu, saya sentiasa mahu membuat konsep dengan SUGA dengan jenis mitologi gelap ini… Semoga peminat Diablo, SUGA dan saya sendiri akan menyukai pelukan Lilith.”

Kredit: YouTube@Halsey

SUGA pula berkata:

“Bekerja dengan Halsey untuk lagu dalam universe Diablo adalah satu kegembiraan yang luar biasa. Saya berharap lagu itu bergema dengan ramai orang di seluruh dunia”.


Buat mereka yang tidak tahu, Diablo IV adalah ARPG di mana pemain boleh menyertai perjuangan untuk menyelamatkan dunia Sanctuary yang gelap dan gothic daripada “Mother Lilith”, sambil melawan gerombolan syaitan sepanjang jalan.

Sebelum memasuki dunia tersebut, pemain perlu membuat pilihan antara lima kelas — Druid yang berubah bentuk, Rogue yang tangkas, Sorcerer yang berkuasa elemental, Barbarian yang kejam dan Necromancer yang licik. Apabila pemain semakin berkuasa, mereka boleh membina pengalaman gameplay sendiri mengikut apa yang menarik bagi mereka, serta bereksperimen dengan skill tree untuk mempamerkan spell dan abiliti.

Sekali lagi saya ingatkan, Diablo IV kini tersedia untuk semua pemain di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Battle.net. Jika ingin beli, sila layari laman web rasmi Blizzard di SINI.

Baca segala berita kami tentang Diablo IV termasuk review dan interview di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Diablo IVHalseySUGA BTS
ShareTweetSend
Previous Post

BABYMETAL turun KL Malaysia untuk menggembirakan hati peminat!

Next Post

My Hero Academia: Konflik Besar Keluarga Todoroki Akhirnya Tamat! [SPOILER]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
My Hero Academia: Konflik Besar Keluarga Todoroki Akhirnya Tamat! [SPOILER]

My Hero Academia: Konflik Besar Keluarga Todoroki Akhirnya Tamat! [SPOILER]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd