Teknologi sekarang sudah maju lebih-lebih lagi dengan penggunaan AI. Dengan kemajuan AI sekarang, sesiapa sahaja boleh menghasilkan seni tersendiri dengan hanya menggunakan kod pengaturcaraan ataupun “prompt”. Baru-baru ini, satu stesen siaran tempatan, TV3 telah melepaskan pelbagai poster Ai bertemakan anime sempena ulang tahun ke-39 stesen tersebut. Tetapi nampaknya netizen tidak begitu berkenan dengannya. Jom kami ceritakan secara ringkas kepada anda mengenainya.
Stesen siaran popular TV3 menyambut ulang tahun ke-39 pada bulan Jun ini. Bertemakan “anime”, akaun sosial media stesen itu telah pun melepaskan beberapa poster drama ataupun program yang disiarkan di stesen tersebut dalam seni gaya anime. Tetapi ada sesuatu yang pelik pada poster anime tersebut. Rupa-rupanya ia poster anime tersebut dihasilkan menggunakan AI. Kalau anda pernah melihat seni AI, anda pasti dapat mengenali kesilapan yang ada pada poster tersebut. Anda boleh lihat salah satu poster tersebut melalui tweet di bawah.
Istimewa ulang tahun ke-39 pada 1 Jun, TV3
— tv3malaysia (@tv3malaysia) June 1, 2023
mengangkat tema 'Anime' bersempena kempen TV3
Sentiasa Bersamamu!Jom layan Adnan Runner minggu ini!
▶️ #AdnanRunner -> Khamis-Sabtu -> 9malam di TV3!#DramaSangat#sentiasabersamamu pic.twitter.com/HdkTQ6s8Im
Melihat poster anime AI itu, sudah tentu netizen laju sahaja menyambar bahagian komen. Ramai yang pelik mengapa tiada sesiapa yang ingin edit gambar poster tersebut untuk membetulkan kesalahan atau kecacatan pada poster tersebut. Disebabkan itu, ada beberapa netizen yang memberi komen bahawa stesen siaran tersebut tiada duit untuk upah pelukis sebenar yang boleh melukis dengan baik. Sudah tentu ada yang sempat mempromosikan hasil seni masing-masing di ruang komen.
Mungkin ada antara anda yang tidak tahu, sebenarnya ramai daripada komuniti seni tidak suka dengan penggunaan AI lebih-lebih lagi untuk sesuatu yang komersial. Antara sebabnya ialah teknologi AI menggunakan hasil karya orang lain tanpa kebenaran untuk menghasilkan sesuatu karya yang baharu. Jadi tidak peliklah mengapa ada yang tidak berkenan dengan poster anime yang disiarkan.

Apa pula pendapat anda mengenai poster AI yang digunakan oleh TV3? Boleh kongsikannya di ruang komen. Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan berita menarik mengenai game, anime, filem dan banyak lagi!
@gamersantaimy
Discussion about this post