Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

AMD Radeon RX 7600 kini tersedia di Malaysia, Harga jualan bermula RM 1,399!

safwan by safwan
May 26, 2023
in Artikel, Berita, GPU, Teknologi, Tempatan
0 0
0
AMD Radeon RX 7600 kini tersedia di Malaysia, Harga jualan bermula RM 1,399!

Kredit: AMD

Share on FacebookShare on Twitter

Baru sahaja seminggu NVIDIA mengumumkan graphic card terbaru mereka, kini pesaing ketat mereka iaitu AMD pula mengumumkan graphic card baharu iaitu AMD Radeon RX 7600.

Menurut AMD, graphic card ini adalah direka untuk gaming dan streaming generasi akan datang pada 1080p dengan memberikan prestasi pantas dalam 10 tajuk eSports teratas dan pengalaman gaming lancar dalam game AAA terbaharu. Tingkatkan prestasi dengan teknologi peningkatan AMD FidelityFX Super Resolution dan AMD Radeon Super Resolution.

Radeon RX 7600 menampilkan architecture RDNA 3 terbaru AMD bersama 32 Compute Units, 32 Ray Accelerator yang mampu berjalan pada base clock 2250Mhz dan Overclock pada 2655Mhz. Graphic card ini juga dilengkapi dengan 8GB GDDR6 yang sangat sesuai untuk prestasi 1080p, bersama-sama dengan memory bus interface 128-bit dan 32MB Infinity Cache.

Kredit: AMD

Di dalam video pengumuman tersebut, AMD Radeon RX 7600 dibandingkan dengan NVIDIA RTX 3060 dan prestasi yang mereka dapat hasilkan agak menarik di mana RX 7600 dapat melangkaui beberapa game seperti Call of Duty: Modern Warfare 2, Overwatch 2 dan Fortnite. Walaupun jarak purata FPS yang diperolehinya tidak jauh ia tetap memberikan keputusan yang memberangsangkan.

Kredit: AMD

Mereka juga memaparkan keputusan apabila bermain game-game baharu yang dilancarkan tahun ini iaitu The Last of Us Part 1 (High Setting) mendapat purata FPS sehingga 62, Dead Island 2 (Ultra Setting) mendapat purata FPS sehingga 123 dan Resident Evil 4 (Max Setting) purata FPS adalah 77. Dengan keputusan yang ditunjukkan oleh mereka, nampaknya graphic card terbaru ini mampu menjalankan game apa-apa sahaja tanpa sebarang masalah.

Kredit: AMD

Di dalam pengumuman ini, mereka juga mengesahkan yang AMD Radeon RX 7600 telah pun dilancarkan di seluruh dunia dengan tanda harga $269 dan untuk pasaran Malaysia, graphic card ini akan dijual dengan tanda harga RM 1,399.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: amdAMD Radeon RX 7600
ShareTweetSend
Previous Post

Anime Delicious in Dungeon Dedahkan Teaser Pertama, Akan Tayang pada Januari 2024!

Next Post

Alan Wake 2 Sudah Boleh Pra-Tempah! Ini Maklumat Lengkap Deluxe Edition & Bonus Game!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Alan Wake 2 Sudah Boleh Pra-Tempah! Ini Maklumat Lengkap  Deluxe Edition & Bonus Game!

Alan Wake 2 Sudah Boleh Pra-Tempah! Ini Maklumat Lengkap Deluxe Edition & Bonus Game!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd