Memandangkan tinggal lebih kurang sebulan lagi sebelum pelancaran rasmi Diablo 4 pada 6 Jun, Blizzard telah mendedahkan maklumat lanjut tentang rancangan mereka pasca pelancarannya, termasuk struktur musim, mikrotransaksi untuk kosmetik dan Battle Pass yang “sepenuhnya optional”.
Anda boleh tonton livestream di atas untuk info lengkap tetapi saya juga membuat rumusan di bawah supaya anda semua lebih mudah faham.
Rancangan Musim

Diablo 4 akan mempunyai empat musim setiap tahun; setiap satu berjalan kira-kira tiga bulan dan menampilkan “kisah musim” uniknya sendiri. Setiap musim tidak akan mengembangkan kisah kempen – yang akan berlaku dalam expansion akan datang – tetapi sebaliknya akan menawarkan misi bermusim dengan “jalan cerita serba lengkap” yang menampilkan watak baharu dan naratif.
Pengarah bersekutu Joseph Piepiora berkata:
“Kami mahu memperkenalkan mekanik dan gameplay baharu untuk pemain terlibat sepanjang musim itu. Ini bergantung kepada perkara seperti kuasa baharu untuk diperoleh pemain, atau cara-cara untuk mengalami perkembangan watak mereka.”
“Ini melangkaui perubahan meta atau keseimbangan atau perkara-perkara seperti itu. Ia benar-benar bergantung kepada ciri-ciri baharu dan perkara lain yang akan tersedia untuk tempoh musim itu.”

Apabila setiap musim berakhir, ciri gameplay tersebut akan “dihentikan”, tetapi mungkin akan dibawa semula pada masa hadapan bergantung pada sejauh mana ia popular di kalangan pemain. Watak bermusim akan digabungkan ke dalam “Eternal Realm” pada penghujung setiap musim, di mana watak itu akan kekal boleh dimainkan tetapi di luar struktur bermusim. Musim pertama dijangka bermula pada pertengahan hingga akhir Julai, dan pemain perlu melengkapkan kempen dengan sekurang-kurangnya satu watak untuk mengakses kandungan bermusim.
Battle Pass

Battle Pass Diablo 4 akan menampilkan tiga laluan berbeza: free, premium dan “accelerated,” yang sama dengan laluan premium tetapi sudah melangkau 20 peringkat. Battle Pass versi free mempunyai 27 peringkat penuh ganjaran dan terdiri daripada “Smouldering Ashes” – sejenis mata wang dalam permainan yang digunakan untuk membuka pelbagai buff bermusim termasuk meningkatkan XP, emas, item rare dan sebagainya.
Battle Pass versi premium pula mempunyai 63 peringkat dan semuanya mengutamakan kosmetik. Ia akan merangkumi dua set perisai lengkap untuk setiap kelas, setiap set bertemakan musim (semasa), ditambah dengan mount dan mount armor bermusim, “pakaian kosmetik, “dan barangan lain. Laluan premium tidak mempunyai sebarang Smouldering Ashes.

Info beta
Beta Diablo 4 kini boleh dimuat turun tetapi hanya boleh dimainkan bermula Sabtu jam 3 pagi.
Jika anda tidak pernah bermain Diablo 4 sebelum ini, anda boleh mula memuat turun klien Battle.net sekarang. Jika anda sudah mencuba beta sebelum ini, ia akan dikemas kini secara automatik.
Diablo IV akan dikeluarkan pada 6 Jun di Windows PC, Xbox Series X|S, Xbox One, PlayStation 5 dan PlayStation 4. Baca segala berita kami tentang game ini di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post