Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokemon misteri akan tiba dalam DLC Scarlet & Violet: The Hidden Treasure of Area Zero! Teaser awal

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 18, 2023
in Anime, Artikel, Berita, DLC, Nintendo Switch, RPG
0 0
0
Pokemon misteri akan tiba dalam DLC Scarlet & Violet: The Hidden Treasure of Area Zero! Teaser awal
Share on FacebookShare on Twitter

Baru diumumkan semalam, The Pokemon Company telah mendedahkan seekor Pokemon baharu yang bakal muncul dalam DLC akan datang Pokemon Scarlet & Violet: The Hidden Treasure of Area Zero. Bakal memainkan peranan penting dalam DLC, Pokemon misteri ini turut muncul dalam animasi Pokemon Horizons: The Series walaupun penampilannya hanya sekadar beberapa minit.

Jadi apakah identiti Pokemon itu?

Malangnya, info tentang Pokemon ini masih terhad. Menurut blogspot, segala-gala maklumat tentang makhluk di atas termasuk nama dan sifatnya masih diselubungi misteri tetapi mungkin ramai yang akan mengingatkan tentang Pokemon Legendary Terapagos apabila melihat bentuknya.

Ia bertubuh kecil dan tidak begitu kuat, tetapi apabila keadaan mendesak, Pokemon ini boleh mengkristalkan tenaga dalam badan untuk membentuk perisai pelindung. Apabila merasakan nyawanya dalam bahaya, makhluk ini juga boleh menyorok kepala, anggota badan dan ekornya ke dalam cengkerang lalu menjadikan dirinya kelihatan seperti berlian.​

Terapagos

Teaser pendek daripada Pokemon Horizons: The Series

Mula ditayangkan pada tahun ini, Pokemon Horizons: The Series ialah siri animasi baharu dalam francais Pokemon yang mengikuti kisah dua protagonis – Liko dan Roy – ketika mereka membongkar pelbagai misteri dalam perjalanan, termasuk rahsia Pokemon di atas.

Dalam episod terkini Pokemon Horizons, ada sebuah adegan di mana Liko (salah seorang protagonis) membawa loket misteri yang boleh berubah menjadi Pokemon tersebut. Pokemon itu kemudian berubah semula serta-merta selepas melindungi Liko daripada bahaya.

What’s happening with Liko’s pendant? 🤔

There’s even more to discover about this mysterious Pokémon and its connection to Liko’s pendant in #PokemonHorizons: The Series! pic.twitter.com/X3Zzm8VoqT

— Pokémon (@Pokemon) April 17, 2023

Info umum DLC The Hidden Treasure of Area Zero

Bagi mereka yang tertanya tentang DLC ‘The Hidden Treasure of Area Zero’, pemain akan meninggalkan wilayah Paldea, rantau dan wilayah utama dalam Pokemon Scarlet dan Pokemon Violet untuk meneroka kawasan baru.

Dalam ‘Part 1: The Teal Mask‘, sebuah perjalanan sekolah akan membawa pemain ke wilayah Kitakami, di mana mereka harus menyertai program pengajian luar yang diadakan bersama akademi mereka dan sekolah lain. Dalam ‘Part 2: The Indigo Disk‘, pemain akan pergi ke Blueberry Academy, rakan kepada akademi mereka sendiri, sebagai pelajar pertukaran. Walaupun kisah ini dipecahkan kepada dua bahagian, ia berkaitan antara satu salam lain untuk menceritakan satu kisah yang komprehensif.​


Buat sesiapa yang berminat, Pokemon Scarlet dan Pokemon Violet kini tersedia untuk Nintendo Switch. Baca segala liputan kami tentang francais Pokemon di SINI.

Dapatkan sekarang!
Pokémon Scarlet and Violet
Publisher: The Pokémon Company, Nintendo
Developer: Game Freak
Release Date: 2022-11-18
Nintendo Switch
Pokémon Scarlet dan Pokémon Violet ialah game RPG yang dibangunkan oleh Game Freak dan diterbitkan oleh Nintendo dan The Pokémon Company untuk Nintendo Switch.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DLCpokemonPokemon Scarlet & VioletThe Hidden Treasure of Area Zero
ShareTweetSend
Previous Post

Siri Spin-off Knuckles Dedahkan Sinopsis & Barisan Pelakon!

Next Post

WB Games umumkan Harry Potter: Quidditch Champions!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
WB Games umumkan Harry Potter: Quidditch Champions!

WB Games umumkan Harry Potter: Quidditch Champions!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd