Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Katalog PS Plus Mac 2023 – Uncharted, Ghostwire: Tokyo, Immortals Fenyx Rising, Life is Strange

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 16, 2023
in Artikel, Berita, PS Plus, PS4, PS5, Senarai
0 0
0
Katalog PS Plus Mac 2023 – Uncharted, Ghostwire: Tokyo, Immortals Fenyx Rising, Life is Strange
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Sony Interactive Entertainment mengumumkan bahawa mereka akan menambah sejumlah game baharu ke katalog game PlayStation (PS) Plus bulan Mac 2023 bagi pelanggan Extra dan Deluxe.

Thrilling adventures, beautiful archipelagos, supernatural horrors and more await with this month’s Game Catalog lineup on PlayStation Plus. #PlayStationPlus #PlayStation pic.twitter.com/0W2b5eIbzc

— PlayStation Asia (@PlayStationAsia) March 16, 2023

Antara yang bakal ditambah termasuk Uncharted: Legacy of Thieves Collection, Ghostwire: Tokyo, Immortals Fenyx Rising, Life Is Strange: True Colors, Neo: The World Ends with You, Street Fighter V Champion Edition dan banyak lagi bermula 21 Mac – jadi korang tidak perlu tunggu lama lagi.

Berikut adalah senarai penuh:

Uncharted Legacy of Thieves Collection

Alami kisah yang sinematik daripada salah satu francais paling ikonik oleh Naughty Dog. Kawal Nathan Drake dan Chloe Frazer ketika mereka mengembara ke seluruh dunia untuk membongkarkan misteri di sebalik sejarah kuno dalam gameplay berdasarkan pertempuran, aksi menembak, penerokaan, teka-teki, dan platforming. Uncharted: Legacy of Thieves Collection mengandungi Uncharted 4: A Thief’s End dan Uncharted: The Lost Legacy – kedua-duanya remaster untuk PS5 dengan visual dan frame rate yang ditambahbaik.

Tchia

Teroka kepulauan yang luas dan indah dalam game pengembaraan aksi fizik ini. Bawa Tchia dalam sebuah misi untuk menyelamatkan bapanya yang diculik dan temui pelbagai watak lain dalam dunia yang diilhamkan oleh New Caledonia. Tchia mempunyai keupayaan “soul jumping”, yang membolehkannya merasuk haiwan dan objek tidak bernyawa, dan menggunakan kuasa mereka untuk mengembara ke kawasan baharu, menyelesaikan teka-teki, dan mempertahankan dirinya daripada musuh. Manfaatkan abiliti Tchia untuk menyelamatkan ayahnya.

Tom Clancy’s Rainbow Six Extraction

Rainbow Six Extraction ialah game ‘3-player tactical co-op first-person shooter’ di mana Operator elit daripada Rainbow Six harus bersatu untuk menghadapi ancaman makhluk asing bernama Archeans. Setiap misi amat berbeza kerana mekanik ‘pembolehubah dinamik’ yang menawarkan cabaran tidak dapat diramalkan dan membawa maut. Anda dan skuad perlu merancang lebih awal, bekerjasama dan menyelaraskan taktik untuk berjaya keluar.

Ghostwire: Tokyo

Tokyo ditakluki oleh entiri ghaib yang dilepaskan oleh individu misteri, lalu menyebabkan semua penduduk hilang dalam sekelip mata. Bersama seorang entiti yang kuat, pemain boleh menggunakan pelbagai kebolehan psikik dan paranormal untuk memerangi ancaman hantu dan roh yang menghantui Tokyo.

Life Is Strange: True Colors

Dalam game pengembaraan emosi naratif ini, kuasa unik protagonis merupakan kunci untuk menyelesaikan sebuah misteri dahsyat. Alex Chen sentiasa menganggap kebolehannya adalah satu sumpahan di mana kuasa psikik ‘Empathy’ miliknya boleh mengesan dan memanipulasi emosi orang di sekelilingnya. Walau bagaimanapun, apabila abangnya meninggal dunia dalam kemalangan, ini adalah satu-satunya pertolongan yang dapat mendedahkan kebenaran tentang apa yang sebenarnya berlaku.

Immortals Fenyx Rising

Nasib dunia dalam ancaman – anda adalah harapan terakhir para dewa. Bermain sebagai Fenyx, seorang demigod baharu yang harus menyelamatkan dewa-dewa Yunani daripada sumpahan gelap. Lawan makhluk mitologi, kuasai abiliti para dewa dan kalahkan Typhon, Titan paling maut dalam mitologi Yunani.

Life is Strange 2

Selepas kejadian tragis, adik-beradik Sean dan Daniel Diaz melarikan diri dari rumah. Takut kepada polis, dan mendapati Daniel memiliki kuasa telekinetik – mereka berdua ingin melarikan diri ke Mexico. Sebagai Sean, pilihan anda membentuk nasib adik-beradik Diaz, dan kehidupan setiap orang yang mereka temui dalam game naratif emosi ini.

Dragon Ball Z: Kakarot

Alami semula kisah Goku dan Z Fighter lain dalam Dragon Ball Z: Kakarot! Selain pertempuran epik, hidup sebagai Goku dalam dunia Dragon Ball Z sambil anda bertarung, memancing, makan dan berlatih dengan Gohan, Vegeta dan lain-lain. Terokai kawasan dan pengembaraan baharu sambil meneruskan cerita dan membentuk ikatan yang kuat dengan watak lain dari alam Dragon Ball Z.

Street Fighter V Champion Edition

Sejak dikeluarkan pada 2016, Street Fighter V telah menambah pelbagai jenis watak, kostum, stage dan kandungan tambahan lain. Kini anda boleh memiliki keseluruhan koleksi dengan Street Fighter V – Champion Edition! Pilih daripada senarai 40 watak, kemudian lawan rakan-rakan secara online atau ofline dengan pelbagai pilihan perlawanan.

Untitled Goose Game

Untitled Goose Game ialah game stealth-sandbox komedi, di mana anda adalah seekor angsa yang dilepaskan di dalam bandar. Bersiar-siar di sekitar bandar bermula dari taman belakang orang hingga ke jalan raya sambil membuat prank, mencuri barang, dan buat bising sebanyak mungkin untuk merosakkan hari semua orang.

Final Fantasy Type-0 HD

Diakui sebagai salah satu entri paling gelap dalam siri ini, Final Fantasy Type-0 HD menceritakan tentang dunia Orience di mana perang antara negara mengancam untuk memusnahkan seluruh benua. Sertai perang ini sebagai Class Zero, sekumpulan pelajar elit yang mempertahankan tanah air mereka daripada serangan Militesi Empire. Kuasai 14 gaya pertempuran unik untuk menjatuhkan empayar dan membongkar rahsia di sebalik perang.

Rage 2

Sebagai Walker, anda dibiarkan untuk mati. Sekarang dahagakan keadilan dan kebebasan, gameplay memfokuskkan pada genre ‘first-person shooter’ dan pertempuran kenderaan di dunia terbuka yang apokaliptik. Pemain harus merentasi gurun sambil melawan kumpulan sadis demi menghancurkan kerajaan jahat buat selama-lamanya.

Neo: The World Ends with You

Kisah baharu dalam siri ARPG ‘The World Ends with You’ telah tiba. Berlangsung di Tokyo, kita mengawal Rindo yang sedar bahawa hidupnya dalam bahaya apabila dia terpaksa menyertai “Reapers Game.” Bukan seperti game pertama dalam siri, Neo sepenuhnya 3D di mana pemain boleh mengawal pelbagai semasa pertempuran dan menyerang lawan dengan lebih 300 abiliti “psikik” menggunakan item yang dipanggil “pin”. Uji kehebatan psikik anda sambil mengembara di jalan raya Shibuya yang bergaya.

Haven

Haven ialah judul RPG dengan elemen survival dan mengisahkan tentang dua kekasih, Yu dan Kay yang melarikan diri ke planet hilang yang tidak berpenghuni bernama Source. Pemain boleh mengawal sama ada kedua-dua watak, atau bermain secara co-op bersama rakan-rakan untuk mencari bahan dan sumber bagi kapal angkasa serta bertarung secara real-time dengan makhluk berbahaya.


Itu sahaja untuk rumusan ini. Sebagai peringatan, semua game di atas akan ditambah ke katalog PS Plus pada 21 Mac.

Untuk membaca segala liputan kami tentang PS Plus, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ps plusSenarai
Previous Post

Pre-Order Atlas Fallen kini dibuka, bakal dilancarkan pada 16 Mei 2023!

Next Post

ASUS Vivobook 16X M1603QA Review – Hadir Dengan Rupa Minimalis serta Skrin Besar!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
ASUS Vivobook 16X M1603QA Review – Hadir Dengan Rupa Minimalis serta Skrin Besar!

ASUS Vivobook 16X M1603QA Review - Hadir Dengan Rupa Minimalis serta Skrin Besar!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd