Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

E3 2019 Square Enix: Ketahui rahsia di sebalik Hydaelyn di Final Fantasy 14: Shadowbringers!

Scion disatukan dan kemunculan Estinien pun sudah tiba.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 11, 2019
in Artikel, Berita, PC, PS4
0 0
0
E3 2019 Square Enix: Ketahui rahsia di sebalik Hydaelyn di Final Fantasy 14: Shadowbringers!
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa press conference Square Enix di E3 2019, producer dan direktor Final Fantasy 14, Naoki Yoshida muncul di atas pentas untuk menceritakan serba sedikit tentang expansion akan datang, Shadowbringers sambil menayangkan launch trailer.

Trailer menunjukkan Warrior of Light bercakap dengan beberapa NPC, sambil berkata bahawa mereka sudah lama tidak melihat seorang Dark Knight. Trailer juga menunjukkan Scions of the Seventh Dawn bersatu kembali bersama The First, dengan penampilan khas oleh pahlawan Dragoon, Estinien. Solus zos Galvus, salah satu watak antagonis yang mengawal Garlemand Empire, muncul pada penghujung trailer dan mendedahkan bahawa Hydaelyn dan Zodiark, entiti kristal yang pemain melindungi sebenarnya ialah Primals, sebuah makhluk yang Warrios of Light harus bunuh. Primals ialah perkara buruk kerana mereka menyedut aether dan memusnahkan persekitaran sekeliling.

Dengan keluaran expansion ini sudah semakin dekat, Square Enix telah banyak mendedahkan banyak maklumat kepada kami. Kami sudah ada pengetahuan asas tentang Job Change, dua bangsa baru, dan juga butiran tentang area baru daripada aspek Beast Tribe, Monster, dan estetik.

Shadowbringers akan keluar pada 28 Jun untuk pemain yang telah pre-order expansion ini dan pada 2 Julai untuk semua orang di PlayStation 4, Windows PC, dan Mac.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: E3 2019Final Fantasy 14macPCPS4Shadowbringerssquare enix
Previous Post

Pengumuman Pengeluaran Tarikh Rasmi Code Vein!

Next Post

E3 2019 Square Enix: Marvel’s Avengers ialah Loot Game beserta Gear Customization!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
E3 2019 Square Enix: Marvel’s Avengers ialah Loot Game beserta Gear Customization!

E3 2019 Square Enix: Marvel's Avengers ialah Loot Game beserta Gear Customization!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd