Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game baru Dragon Ball Z: Budokai Tenkaichi diumumkan – penantian lebih 10 tahun!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 6, 2023
in Action, Anime, Artikel, Berita, Fighting
0 0
0
Game baru Dragon Ball Z: Budokai Tenkaichi diumumkan – penantian lebih 10 tahun!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas tayangan filem Dragon Ball Super: Super Hero, nampaknya francais Dragon Ball kini sedang sibuk dengan projek baharu. Baru diumumkan tadi, Bandai Namco Entertainment dan Toei Animation telah mengumumkan game terbaharu dalam siri Dragon Ball Z: Budokai Tenkaichi, yang kini dalam pembikinan!

Korang boleh tengok dahulu trailer di bawah untuk visual lanjut:

/
「ドラゴンボール Sparking!」シリーズ
最新作情報が解禁!
\

映像はコチラから↓#ドラゴンボール #バトルアワー pic.twitter.com/VMMPWWeSUr

— ドラゴンボールゲームスバトルアワー2025公式 (@db_eventpj_jp) March 5, 2023

Diumumkan semasa acara Dragon Ball Games Battle Hour 2023, pihak pemaju menjelaskan bahawa game Budokai Tenkaichi terbaharu masih dalam produksi awal. Malangnya, mereka tidak mengumumkan ‘bila atau untuk platform apa game ini akan dikeluarkan’.

Sekurang-kurangnya, kita dapat pengesahan yang Super Saiyan Blue Goku akan muncul dalam entri terbaharu! Memandangkan ia belum dinamakan secara rasmi, saya tidak pasti jika ini adalah sekuel [Dragon Ball Z: Budokai Tenkaichi 4] ataupun remake dengan content tambahan.

Jadi apakah itu Dragon Ball Z: Budokai Tenkaichi?

Buat mereka yang tidak tahu, Budokai Tenkaichi merupakan francais game ‘3D arena fighter’ berinspirasikan Dragon Ball dan terdiri daripada tiga judul. Menampilkan gameplay yang penuh adrenalin (pada ketika itu), ia terkenal kerana menampilkan banyak watak daripada siri tersebut – tidak kira jika mereka popular atau tidak.

Game ketiga mempunyai lebih 98 watak dengan 160+ transformasi yang boleh digunakan. Jadi bayangkan betapa seronoknya hati peminat pada masa itu.

Dengan kemunculan Budokai Tenkaichi 4, ini menandakan entri terbaharu dalam siri ini selama lebih sedekad menunggu, memandangkan tiga game pertama dikeluarkan pada tahun 2005, 2006, dan 2007 untuk PS2 dan Nintendo Wii.

Entri terakhir, iaitu Dragon Ball Z: Tenkaichi Tag Team, dikeluarkan untuk PSP pada tahun 2010. Jadi sudah lebih 10 tahun peminat harus menunggu sebelum siri Xenoverse muncul.

Disebabkan game ini masih dalam pembangunan awal, masih banyak maklumat yang kita belum tahu. Moga-moga Bandai Namco mendedahkan lebih lanjut dalam masa terdekat.


Untuk membaca segala liputan kami tentang francais Dragon Ball, sila tekan pautan ini.

Tags: Dragon BallDragon Ball Z: Budokai Tenkaichi
Previous Post

Gundam: The Witch from Mercury Season 2 Bakal Bermula Pada 9 April Ini!

Next Post

Ujian Beta Counter Strike 2 mungkin diumumkan pada bulan Mac ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Ujian Beta Counter Strike 2 mungkin diumumkan pada bulan Mac ini!

Ujian Beta Counter Strike 2 mungkin diumumkan pada bulan Mac ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd