Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game mobile ‘Street Fighter: Duel’ akan tiba minggu depan! Lebih 40+ watak untuk pilih!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 21, 2023
in Android, ARPG, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Game mobile ‘Street Fighter: Duel’ akan tiba minggu depan! Lebih 40+ watak untuk pilih!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Capcom telah mengumumkan tarikh keluaran rasmi untuk Street Fighter: Duel, game mobile spinoff berdasarkan universe Street Fighter. Dibangunkan oleh TOPJOY dan Tencent Games dan dilokalisasikan oleh Crunchyroll Games, game ‘free-to-play’ ini akan dilancarkan untuk iOS dan Android pada 28 Februari 2023, di mana pre-register sedang dibuka sekarang.

Secara am, Street Fighter Duel adalah game mobile kasual, di mana pemain boleh mengumpul pelbagai watak daripada francais ikonik Street Fighter. Lebih 40 watak telah disahkan, termasuk Ryu, Chun-Li, Ken, Cammy, Guile, Juri dan M Bison. Daripada segi gameplay, pemain akan membentuk satu pasukan yang terdiri daripada tiga ‘fighter’ dan harus mengharungi pelbagai pasukan dan musuh lain.

Berlawan menggunakan sistem ‘real-time 3v3’ (sama seperti The King of Fighters ’98 Ultimate Match Online), posisi memainkan peranan penting di mana watak paling hadapan sekali akan berfungsi sebagai tank yang menyerap serangan musuh manakala rakan sepasukan di belakang bertanggungjawab untuk melakukan damage.

Street Fighter Duel juga menampilkan kisah baharu, di mana kita akan mengembara ke seluruh dunia untuk mendedahkan rancangan jahat sebuah konspirasi.

Selepas Shadaloo menghantar tentera klon Seth versi robot, ‘World Warriors’ diseru untuk mempertahankan dunia dan mengalahkan semua klon. Dalam proses, Ryu tiba-tiba didapati hilang.

Selepas jumpa pengikat ikat kepala rakannya, Ken kini mesti pergi mencari Ryu, dan juga merekrut beberapa pahlawan lain untuk membentuk satu pasukan bagi menjatuhkan Seth dan memusnahkan organisasi Shadaloo buat selama-selamanya.

Memandangkan ini adalah game mobile, beberapa ciri seperti ‘autoplay’ ditambah untuk memudahkan akses. Untuk pemain yang bersifat kompetitif, mode PvP turut wujud di mana anda boleh berlawan dengan pemain lain secara online untuk melihat siapa lebih hebat.


Jika berminat, pre-register dibuka sekarang untuk peluang memperoleh pelbagai bonus menarik sebelum pelancaran rasmi Street Fighter: Duel pada 28 Februari 2023 di iOS dan App Store.

Untuk membaca segala liputan kami tentang francais Street Fighter termasuk ansuran ke-6 akan datang, sila tekan pautan ini.

Tags: MobileStreet FighterStreet Fighter: Duel
Previous Post

Netflix Turunkan Harga Untuk Basic Plan! Kini Berharga RM28!

Next Post

Steam Mystery Fest kini bermula! Dapatkan game kegemaran dengan diskaun kaw-kaw!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Steam Mystery Fest kini bermula! Dapatkan game kegemaran dengan diskaun kaw-kaw!

Steam Mystery Fest kini bermula! Dapatkan game kegemaran dengan diskaun kaw-kaw!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd