Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kempen “The Year of Play” – Beli PS5 untuk dapatkan lebih banyak hadiah!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 17, 2023
in Artikel, Berita, PlayStation Store, Promosi, PS4, PS5, Tempatan
0 0
0
Kempen “The Year of Play” – Beli PS5 untuk dapatkan lebih banyak hadiah!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Interactive Entertainment Singapore (SIES) mengumumkan bahawa PlayStation akan mengadakan kempen “The Year of Play” mulai hari ini untuk meraikan kedatangan Tahun Arnab. Kempen ini terdiri daripada acara “Purchase PlayStation 5 Now for More Reward/Beli PS5 Sekarang untuk Lebih Banyak Ganjaran” dan acara “Good Wish Hunting“.

The Year of Play – Beli PS5 Sekarang untuk Lebih Banyak Ganjaran

Sesiapa yang membeli PS5 atau PS5 Edisi Digital berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang menarik.

Tempoh Kempen: 10 Januari – 28 Februari 2023

Cara-cara menyertai:

  1. Sepanjang tempoh kempen, peserta perlu membeli PS5 atau PS5 versi Digital dengan label waranti setahun yang dilekatkan pada pakej dari kedai runcit atau dalam talian.
  2. Kemudian aktifkan konsol dengan sambungan internet dan log masuk ke PlayStation Network (PSN) semasa tempoh kempen.
  3. Lengkapkan borang penyertaan yang terdapat di laman web kempen dengan akaun PSN. Model PS5 dan nombor siri diperlukan untuk isi. Setiap siri nombor dan ID PSN hanya boleh digunakan sekali sahaja.
  4. Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan terbaik yang dihantar.

Hadiah:

  • Hadiah Utama – 10 pemenang akan mendapat ALL IT eGift Card RM 4,500
  • Hadiah Kedua – 40 pemenang akan mendapat PIN Muat Semula eWallet Touch ‘n Go RM 2,250
  • Hadiah Ketiga – 100 pemenang akan layak mendapat Kad Hadiah PlayStation Store RM 450
    • Senarai pemenang akan diumumkan di laman web kempen mulai 22 Mac 2023.

The Year of Play – Good Wish Hunting

Sertai Good Wish Hunting untuk mencari 5 beg tersorok yang berselerak di PS Store untuk mendapatkan hadiah-hadiah hebat.

Tempoh Kempen: 22 Januari – 5 Februari 2023

Cara-cara menyertai:

  1. Layari PS Store pada PS4 atau PS5. Log masuk ke akaun PSN atau buat satu untuk mengambil bahagian.
  2. Pergi “memburu” di PS Store pada PS4 atau PS5. Muat turun sekurang-kurangnya 1 beg Good Wish untuk memenangi Hadiah Penyertaan atau kumpulkan kesemua 5 untuk memenangi lebih banyak hadiah.

Hadiah:

  • Hadiah Utama: 10 pemain terbaik dengan jumlah perbelanjaan tertinggi dan berjaya menyelesaikan cabaran dengan memuat turun semua 5 beg Good Wish akan menerima Hadiah Utama – Pek “all-in-one” yang merangkumi:
    • Sony BRAVIA TV KD-55X80K
    • Controller wireless DualSense(Midnight Black)
    • Headset wireless PULSE 3D (Midnight Black)
    • DualSense Charging Station
    • PS5 Console Cover (Midnight Black)
    • Media remote
  • Hadiah penyelesaian untuk 100 Pertama: 100 pemain pertama yang berjaya melengkapkan cabaran dengan memuat turun semua 5 beg Good Wish akan menerima Kad Hadiah PS Store bernilai RM 100.
  • Hadiah penyelesaian: Semua pemain yang berjaya menyelesaikan cabaran dengan memuat turun semua 5 beg Good Wish akan menerima satu kupon diskaun 10% untuk digunakan di PS Store.
  • Hadiah Penyertaan: Mana-mana pemain yang berjaya memuat turun sekurang-kurangnya 1 beg Good Wish akan menerima set penuh Avatar PS4/PS5 Tahun Baru Lunar.

Promosi jualan Tahun Baru Lunar

Dari 18 Januari hingga 5 Februari 2023, pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran apabila membeli produk-produk di bawah. Butiran seperti berikut:

PS5 Peripheral

  • Pulse 3D Headset – RM 399
  • Media Remote – RM 119
  • HD Camera – RM 249

Game PS4/PS5 terpilih

  • (PS5) UNCHARTED: Legacy of Thieves Collection – RM 129
  • (PS5) Ratchet & Clank: Rift Apart – RM 129
  • (PS5) The Last of UsTM Part I – RM 209
  • (PS4) The Last of UsTM Part II – RM 89
  • (PS4) The Last of Us Remastered PlayStation Hits – RM 39

Jangan tunggu lagi! Beli PS5 dan dapatkan pelbagai hadiah hebat! Untuk membaca segala liputan kami tentang PS5 atau PS4, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: promosips storePS4ps5The Year of Play
Previous Post

505 Games adakan Lunar New Year Sale di Steam & PS, potongan harga sehingga 75%!

Next Post

Atomic Heart Preview — Hadir Dengan Gameplay Yang Seronok dan Unik, Tetapi Perlu Sedikit Penambahan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu F1 the Movie – Aksi Lumba F1 Disajikan Dalam Bentuk Pengalaman Sinematik!
Review

Reviu F1 the Movie – Aksi Lumba F1 Disajikan Dalam Bentuk Pengalaman Sinematik!

Call of Duty: Mobile Season 6 Hadir Dengan Kolaborasi Hebat Bersama Gundam!
Berita

Call of Duty: Mobile Season 6 Hadir Dengan Kolaborasi Hebat Bersama Gundam!

June 26, 2025
Digimon Story Time Stranger – Strategi Lebih Mendalam Melalui Sistem Enhancement Baharu!
Berita

Digimon Story Time Stranger – Strategi Lebih Mendalam Melalui Sistem Enhancement Baharu!

June 26, 2025
Next Post
Atomic Heart Preview — Hadir Dengan Gameplay Yang Seronok dan Unik, Tetapi Perlu Sedikit Penambahan

Atomic Heart Preview -- Hadir Dengan Gameplay Yang Seronok dan Unik, Tetapi Perlu Sedikit Penambahan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd