PUBG Mobile adalah salah satu daripada e-sukan mobile yang terbesar sekarang. Ia mempunyai liga berstruktur dan mempunyai hadiah terkumpul sebanyak $600,000 (RM2 Juta) di PUBG Mobile Star Challenge Finals 2018, tahun lepas. Game battle royale versi mudah alih ini mempunyai beberapa acara sukan secara langsung dengan liputan media yang meluas dan menduduki carta teratas di Google Play Store untuk hampir keseluruh negara.
Walaupun begitu, terdapat satu lagi game battle royale mudah alih yang memecahkan rekod penonton dalam acara e-sukan. Game Free Fire, yang dibangunkan oleh Garena, adalah permainan battle royale 50-pemain untuk Android dan iOS. Game ini mempunyai lebih daripada 100 juta muat turun dan telah pun dikeluarkan pada 4 Disember 2017, iaitu tiga bulan sebelum keluaran global PUBG Mobile.
The Free Fire World Cup 2019 mempunyai lebih banyak penonton berbanding PUBG Mobile Star Challenge Finals yang diadakan antara 29 November hingga 1 Disember 2018, menurut Carta Esports. Free Fire mempunyai purata 630,931 penonton dalam masa lima jam streaming secara langsung. Ia memuncak pada 1,003,946 penonton manakala PUBG Mobile Star Challenge Finals mempunyai jumlah tontonan purata sebanyak 174,992 yang memuncak pada 418,340 penonton.
- Kenapa Free Fire lebih popular berbanding PUBG Mobile?
Apa yang menjadikan Free Fire begitu popular adalah kerana kebolehannya untuk berfungsi pada hampir setiap peranti. Game ini boleh dimainkan dalam grafik yang tinggi dengan FPS yang baik walaupun pada peranti rendah. Sebaliknya, PUBG Mobile mempunyai tuntutan yang sangat tinggi. Game PUBG hanya mampu dimainkan dalam grafik penuh pada telefon high-end bahkan boleh menyebabkan masalah pemanasan.
Selain itu, perlawanan dalam Free Fire adalah pendek (10 minit) yang menjadikannya cepat dan menarik. Tidak seperti PUBG, pemain Free Fire tidak mati selepas terkena beberapa peluru. Anda perlu menyerang mereka untuk beberapa seketika sebelum boleh membawa mereka terus knocked down. Semua ini menjadikan game seperti ini sebagai tajuk esport yang mesra penonton. Namun demikia, di negara kita, terdapat peperangan di antara Free Fire dan PUBG Mobile. Apa yang penulis boleh sarankan ialah, jika setiap game itu memuaskan hati masing-masing, maka teruskan bermain! Tidak perlu membandingkan mereka!
Bercakap mengenai PUBG Mobile, sekarang masih lagi berlangsung PMCO di Shanghai di mana 5 pasukan Malaysia sedang berentap untuk meraih tiket ke Final PMCO beserta hadiah terkumpul sebanyak RM681,000!
@gamersantaimy
Discussion about this post