Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Antara pemain professional World of Warcraft yang terkaya di dunia!

Ada beberapa nama besar yang anda pasti kenal di dalam senarai.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 24, 2019
in Artikel, Berita, Esports, PC
0 0
0
Antara pemain professional World of Warcraft yang terkaya di dunia!
Share on FacebookShare on Twitter

World of Warcraft ialah antara MMO paling terkenal di seluruh dunia dan telah dimainkan oleh berjuta-juta pemain di mana saja. Di sini, saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang pemain professional World of Warcraft yang menjadi kaya selepas melibatkan diri dalam dunia World of Warcraft.

Rene “Swapxy” Pinkera

Rene Pinkera juga dikenali sebagai Swapxy ialah 2X Blizzcon Champion. Blizzcon ialah sebuah gaming convention tahunan oleh Blizzard Entertainment untuk mempromosikan game mereka termasuk World of Warcraft. Rene juga merupakan sebahagian daripada METHOD, sebuah organisasi Esport. Rene Pinkera telah memperolehi sebanyak $143,924.35 USD daripada bermain di event WOW yang berbeza-beza.

Rene Pinkera mengambil bahagian di 22 tournament untuk memperolej jumlah sebanyak itu. Beliau memenangi Blizzcon (2015 & 2016) di mana beliau memenangi jumlah sebanyak $40,000 dan $30,000. Beliau juga menjuarai event seperti AWC Summer Finals ($12,500), European Championship 2015 World of Warcraft ($12,500), dan WOW European Championship Finals 2017 ($12,500).

Twitch Link: https://www.twitch.tv/swapxy

Fabio “Fabss” Nardelli

Fabio Nardelli juga dikenali sebagai Fabss ialah pemain WoW daripada Itali yang bermain untuk SK Gaming. Beliau memperolehi $145,387.44 USD dengan bermain di tournament dan event World of Warcraft. Beliau juga merupakan 3X Blizzcon Champion dan memenanginya pada tahun 2010, 2015, dan 2016 dengan wang ganjaran sebanyak $25000, $30,000 dan $40,000.

Beliau pernah menjuarau tournament lain seperti Wow European Championship Finals 2017 ($12,500), WoW European Championship 2015 ($12,500), EU Battle.net Invitational WoW 2011 ($50000) dan Blizzcon 2010 European Qualifiers WoW ($5000). Fabio mencapai $100,000 milestone pada tahun 2016 dengan memenangi Blizzcon 2016 WoW. Fabio buat masa ini ialah antara top 3 pemain paling kaya di Itali.

Twitch Link: https://www.twitch.tv/FabssTv

Simon Merlin “Boetar” Heinks

Simon Merlin Heinks atau lebih dikenali sebagai Boetar ialah pemain Jerman yang bermain untuk SK Gaming. Beliau memperolehi $114,874.35 USD selepas mengambil bahagian di 14 tournament berbeza. Beliau mempunyai rekod yang cemerlang di mana beliau menjadi juara di enam tourament, naib johan di empat tournament, dan mencapai separuh akhir di satu tournament.

Belai juga memenangi  Blizzcon sebanyak dua kali pada tahun 2015 dan 2016 dengan hadiah wang sebanyak $40,000 dan $30,000, dan European Championship pada tahun 2015 dan 2017 dengan ganjaran $12,500 di setiap event. Boestar melepasi $100,000 milestone pada 2017 selepas menjuarai WoW European Championship Finals 2017.

Twitch Link: https://www.twitch.tv/BoetarGG

Kelvin “Snutz” Nguyen

Kelvin Nguyen ialah pemain WoW daripada Kanada yang bermain untuk pasuka METHOD. Beliau pernah menang Blizzcon sekali dan menjadi naib juara sebanyak tiga kali. Snutz memperolehi pendapatan sebanyak $107,083 USD daripada mengambil bahagian di 17 event WoW. Baru-baru ini, beliau memenangi AWC Spring 2019- NA Cup #1 dan NA Cup #3 dengan total wang hadiah $2500 USD.

Wang hadiah terbesar beliau pernah menang ialah di Blizzcon 2012 di mana Snutz menerima $35,000 USD daripada memenangi tournament. Snutz mencapai $100,000 milestone pada tahun ini selepas mendapat kedudukan pertama di WoW Arena Finals- Spring 2019. 17 tournament diperlukan untuk melepasi sempadan $100,000.

Twitch Link: https://www.twitch.tv/snutzy

Charles “Cdew” Dewland

Charles Dewland atau Cdew ialah pemain Wow daripada Amerika Syarikat yang bermain untuk pasukan METHOD. Cdew pernah menjadi Blizzcon Champion sekali dan empat kali NA Regional Champion. Beliau juga naib juara di Blizzcon 2016. Cdew telah memenangi sebanyak $85,958.34 USD selepas mengambil bahagian di 23 Tournament WOW yang berbeza.

Cdew mula mengambil bahagian di Blizzcon 2012 di mana pasukannya mendapat tempat ke-4 di event tersebut dan beliau menerima wang hadiah $4000 kerana menyertai. Kemudian, beliau menyertai Blizzcon 2014 di mana Cdew mendapat tempat ke-3 dan dan tahun berikutnya pada Blizzcon 2016, menjadi naib juara. 2018 merupakan tahun gemilangnya kerana menjuarai Blizzcon 2018 dan membawa pulang wang hadiah $30,000. Cdew ialah pemain Esports ke-231 terkaya di Amerika Syarikat.

Twitch Link: https://www.twitch.tv/cdewx

Mathias “Zunniyaki” Esterlechner

Mathias Esterlechner atau lebih dikenali sebagai Zunniyaki ialah pemain Perancis yang berjaya menang lebih daripada $72,000 USD selepas mengambil bahagian di sebanyak 16 tournament. Beliau juga adalah 2X naib juara di Blizzcon Tournament 2012 dan 2013. Zunniyaki telah bermain untuk pelbagai pasukan sepanjang kerjayanya yang termasuk Northern Gaming Blue, Skill-Capped Red, Skill-Capped EU, dan lain-lain.

Beliau pernah memenangi Wow Arena European Championship bersama NG Blue dengan wang hadiah sebanyak $12,500 USD dan juga tournament EU Battle.net Invitational WoW 2012 bersama Yaspresenents. Beliau di tangga ke-34 pemain paling kaya di Perancis.

Twitch Link: https://www.twitch.tv/zunniyaki

Sumber – EsportsEarnings

Tags: BoetarCdewFabsPCSnutzSwapxyWorld of WarcraftZunniyaki
Previous Post

The Dalaran Heist Chapter III – Streets of Dalaran Kini Bermula!

Next Post

Terdapat Lebih Banyak Penonton Free Fire Berbanding PUBG Mobile!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!
Berita

EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!

June 5, 2026
Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Next Post
Terdapat Lebih Banyak Penonton Free Fire Berbanding PUBG Mobile!

Terdapat Lebih Banyak Penonton Free Fire Berbanding PUBG Mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd