Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Black Clover – Kebenaran pembunuhan Yami Clan terbongkar, rupa-rupanya…

safwan by safwan
January 9, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Black Clover – Kebenaran pembunuhan Yami Clan terbongkar, rupa-rupanya…

Sumber: Twitter @RagnarokSempai

Share on FacebookShare on Twitter

Selepas seminggu Black Clover berehat, akhirnya pada minggu ini kita didedahkan dengan kebenaran yang sebenar tentang pembunuhan Yami Clan yang berlaku sekian lama sehingga Ichika membenci abangnya sendiri. Dalam masa yang sama, perlawanan di antara 5 Ryuzen dan 3 Paladin berterusan. Kali ini, salah seorang Paladin beraksi dan menggunakan kuasanya.

Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita lihat apa yang Tabata tawarkan dalam bab terbaru manga Black Clover.

Klik di sini untuk baca penuh. AMARAN! ADA SPOILER MANGA BLACK CLOVER BAB 347!!!

Kuasa Yrul

Sumber: Manga Plus

Yrul membuat membuat penampilan pertamanya pada bab 343 dengan mengikut Sister Lily ke Land of the Sun bagi menghidupkan five-headed dragon dan memusnahkan negara tersebut. Dalam bab kali ini, Yrul menggunakan kuasanya yang dipanggil Bogeyman di mana ia dapat membangkitkan ingatan lawannya tentang perkara yang paling ditakutkan dan memberi mereka bentuk fizikal.

Sumber: Manga Plus

Pada awalnya, Kezokaku ingin melawan, malangnya magic tersebut menjadi seekor katak besar dan dia terus terbaring ketakutan. Hal ini kerana, katak adalah seekor haiwan yang paling ditakuti oleh Kezokaku.

Sumber: Manga Plus

Sejurus sahaja Kezokaku terbaring ketakutan, magic Bogeyman terus mengubah sasaran kepada Ichika. Apa yang menarik adalah benda yang paling ditakuti oleh Ichika ialah bapanya sendiri kerana dia sering didera olehnya.

Ichika ialah pembunuh Yami Clan sebenar

Sumber: Manga Plus

Dengan menggunakan magic Bogeyman kepada Ichika, secara tidak langsung kita dapat mengetahui perkara sebenar tentang pembunuhan Yami Clan. Bogeyman menjadi bentuk fizikal bapa Ichika dan tanpa disedari ia juga membuka memori yang telah dilupakan olehnya di mana dia adalah pembunuh sebenar Yami Clan.

Sumber: Manga Plus

Kisahnya bermula apabila bapa Ichika tidak suka duduk aman damai dan dia perlukan peperangan untuk menghidupkan balik Yami Clan. Tetapi apa yang dilakukan oleh bapanya itu adalah salah dengan menggunakan “Demon Soul Pill” di mana ia dapat mengeluarkan yoryoku yang terpendam dan secara tidak langsung memberikan keinginan untuk membunuh dengan sangat tinggi.

Sumber: Manga Plus

Pada awalnya, bapa Ichika menyuruh Sukehiro(Yami) memakan pil tersebut tetapi di halang oleh Ichika dan tanpa segan silu, bapanya memasukkan pil tersebut kedalam mulut Ichika. Dan apa yang terjadi seterusnya adalah Ichika menjadi sangat kuat dan membunuh keseluruhan clannya kecuali Yami dan bapanya pada ketika itu.

Sumber: Manga Plus

Selepas itu, dia rasa yang dirinya lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa sehingga Asta muncul untuk menghalang serangan daripada bapa Ichika seperti abangnya Sukehiro (Yami).

Selepas melihat dan membaca bab 347, akhirnya kita dapat ketahui perkara sebenar di mana Yami tidak membunuh keseluruhan clannya dan mungkin hanya membunuh bapanya sahaja. Jadi, memang betullah apa yang saya rasa di mana Yami sebenarnya dituduh oleh adiknya sendiri.

Sumber: Manga Plus

Dengan Asta telah kembali ke medan perang untuk mengalahkan 3 paladin, nampaknya latihan yang diberikan oleh 2 orang Ryzen terkuat telah berakhir dan Asta bersedia untuk gunakannya.

Jadi, bagaimana dengan kebenaran tentang Ichika sebenarnya adalah pembunuh kepada keseluruhan Yami Clan yang didedahkan dalam bab terbaru Black Clover? Mesti ramai tidak sabar untuk lihat perkembangan Asta pada bab seterusnya. Untuk liputan lain mengenai Black Clover, sila klik pautan ini.

Tags: AstaBlack CloverBlack Clover 347Yami ClanYami IchikaYami Sukehiro
Previous Post

Nikmati rebat sehingga RM2,000 semasa promosi MSI Tahun Baru Cina – sekarang hingga 29 Jan 2023!

Next Post

One Piece – Kaku vs Zoro? Vegapunk bersedia sertai Luffy! [SPOILER]

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
One Piece – Kaku vs Zoro? Vegapunk bersedia sertai Luffy! [SPOILER]

One Piece - Kaku vs Zoro? Vegapunk bersedia sertai Luffy! [SPOILER]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd