Rime adalah sebuah permainan puzzle yang mantap dengan watak, mekanik menyeronokkan, dan jalan cerita yang ringkas. Kini, ia boleh menjadi milik semua untuk dimain sepenuhnya secara percuma, jika korang sempat menuntutnya di Epic Games Store sebelum 30 Mei.
Harga biasanya ialah $29.99 (RM125), dan jika korang jenis yang sukakan pengembaraan indah seperti dalam game Journey, sekarang adalah masa yang terbaik untuk melawat pulau misteri dalam game ini.
Korang akan bermain sebagai seorang budak lelaki yang telah terbangun di sebuah pulau misteri selepas satu ribut yang dashyat. Berbekalkan kecerdasan dan keinginan pemain untuk mengatasi dan bimbingan dari seekor musang yang akan sentiasa berada di samping, korang mesti unlock rahsia di sekeliling pulau.
Dapatkan Rime di sini: Epic Games Store
@gamersantaimy
Discussion about this post