Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Unboxing] Raikan tahun baru dengan Kingston 2023 Rabbit Year Media Kit!

Alan Fikri by Alan Fikri
December 29, 2022
in Artikel, Berita, Hardware, Teknologi, Unboxing
0 0
0
[Unboxing] Raikan tahun baru dengan Kingston 2023 Rabbit Year Media Kit!
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun 2022 akan berakhir tidak lama lagi dan kami ingin membawa tuah tahun baru dengan Kingston 2023 Rabbit Year Media Kit supaya lebih “Ong” pada tahun depan dan bertambah comel seperti arnab.

Kalau anda ingin tahu, Kingston 2023 Rabbit Year Media Kit ini mengandungi pelbagai barangan yang bertemakan Tahun Baru Cina daripada buku nota sehingga barang perhiasan tahun baru, stiker, sampul merah dan pendrive berbentuk arnab.

Terima kasih Kingston Technology atas pemberian ini. Ingin tahu apa yang tersedia dalam Kingston 2023 Rabbit Year Media Kit ini? Mari saya unboxingkan untuk anda!

Buku Nota

Benda pertama yang akan kami dapat ialah buku nota Kingston yang dibungkus kemas dalam pembalut berwarna kelabu. Di bahagian hadapan pembalut itu mempunyai reka bentuk abstrak dengan moto ikonik Kingston iaitu “Kingston is With You”. Apabila pembalut itu dibuka, anda dapat lihat bahawa buku ini mempunyai kulit yang keras dan ia terasa sangat kukuh.

Direka dengan gaya abstrak yang sama dengan pembalutnya, buku nota ini mempunyai percikan warna-warna terang dalam pelbagai bentuk. Dan sama seperti di pembalutnya, buku ini juga mempunyai tulisan moto ikonik Kingston di bahagian atas kiri.

Semasa anda membuka buku nota, terdapat kad yang mempunyai semua tarikh cuti umum Malaysia pada tahun 2023. Ini membolehkan anda merancang dengan lebih awal untuk percutian bersama kawan-kawan atau keluarga. Selain tarikh cuti umum, buku nota ini juga mempunyai kalender untuk tahun 2023 dan 2024 dengan reka bentuk yang kemas dan minimalis.

Untuk bahagian menulis pula dipisahkan kepada dua bahagian berbeza, separuh pertama buku mempunyai grid manakala separuh kedua mempunyai halaman kosong. Jika anda memerlukan kedua-dua bahagian, maka buku ini sesuai untuk anda.

Kingston telah menyelitkan sekumpulan stiker yang comel dan berwarna-warni di dalam buku nota ini dengan pelbagai reka bentuk daripada emoji ibu jari sehingga produk Kingston seperti SSD dan banyak lagi. Terpulang kepada anda mahu lekatkan stiker di mana sahaja. Kalau saya, saya akan lekatkan di komputer supaya nampak lebih ceria dan bersemangat!

Barangan bertemakan Arnab

Kingston 2023 Rabbit Year Media Kit juga menawarkan pelbagai hiasan Tahun Baru Cina bertemakan arnab merah terang serta paket merah supaya dapat merasai sepenuhnya sambutan Tahun Baru Cina. Salah satu hiasan tersebut ialah Plakat Pintu di mana anda boleh melekatknya pada pintu, dingding atau tingkap rumah.

Anda dapat melihat dua ekor arnab comel berpakai seperti Tsai Shen Yeh atau God of Wealth dengan rekaan Kingston, di mana salah seorang daripada arnab tersebut memegang jongkong emas manakala yang lagi satu memegang skrol dengan Idiom Cina ditulis di situ.

Arnab yang memegang skrol itu juga terdapat dibarangan lain, kali ini ia menjadi perhiasan meja kecil yang kemas di mana anda boleh meletakkannya di sudut meja dengan harapan supaya mendapat “Ong” tahun baru.

Tidak lengkap untuk menyambut Tahun Baru Cina tanpa paket merah. Kali ini Kingston mereka bentuk paket merah bertemakan arnab bersama Idiom Cina yang sama dengan perkataan “Kingston” yang berwarna emas. Di bahagian belakang paket merah terdapat logo Kingston berwarna emas yang sama untuk memberi rasa premium.

Pendrive berbentuk Arnab

Dan yang terakhir dalam Kingston 2023 Rabbit Year Media Kit ialah pendrive 64GB yang menyerupai arnab. Pendrive ini dibungkus dalam bekas botol jus lobak merah kecil yang sesuai dengan arnab ini.

Pendrive tersebut diletakkan dengan selamat di dalam kepala arnab, untuk mengeluarkannya, anda hanya perlu tarik telinga arnab dan boleh lihat pendrive 64GB berwarna emas. Ia juga dilengkapi dengan rantai kecil di mana anda boleh menyambungkannya dan membawanya ke mana-mana sahaja. Menjadikannya sebagai good luck charm yang comel!


Kami ingin ucapkan terima kasih sekali lagi kepada Kingston kerana menghadiahkan kami kit media sempena tahun arnab yang begitu menarik dan comel. Kepada yang menyambut, kami ucapkan Selamat Tahun Baru Cina!

Untuk membaca segala liputan kami tentang produk Kingston, sila tekan pautan ini.

Tags: CNY 2023KingstonKingston TechnologyMedia kitTeknologi
Previous Post

[Interview] Alice in Borderland Bersama Yamazaki Kento — Cabaran Serta Perkara Menarik Dalam Musim 2

Next Post

Lebih 2000 Sokongan, Peminat Minta Remake Anime Chainsaw Man Melalui Petisyen Online!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Lebih 2000 Sokongan, Peminat Minta Remake Anime Chainsaw Man Melalui Petisyen Online!

Lebih 2000 Sokongan, Peminat Minta Remake Anime Chainsaw Man Melalui Petisyen Online!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd