Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dr Stone: New World dedah trailer pertama untuk Season 3, akan tiba April 2023!

Alan Fikri by Alan Fikri
December 18, 2022
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Dr Stone: New World dedah trailer pertama untuk Season 3, akan tiba April 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini di acara Jump Festa 2023 telah mendedahkan trailer pertama untuk Dr Stone: New World (Season 3) yang mengusik pengembaraan Senku dan rakan-rakannya ketika mereka mengembara ke dunia baru. Mereka juga telah mengumumkan bahawa Maaya Sakamoto akan menyertai siri ini sebagai pelakon suara untuk watak Francois.

Francois, butler Ryusui

Selepas berakhirnya Season 2, mereka telah mendedahkan rancangan Senku yang seterusnya adalah pergi mengembara ke seluruh dunia demi mencari sumber utama yang mereka perlukan. Ini bermakna mereka akan bertemu dengan kumpulan watak dan situasi baru ketika pengembarannya. Itulah sebabnya Dr Stone Season 3 diberi tajuk “New World”, di mana Senku dan rakan-rakannya mengembara di dunia baru!

Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah:

Sesiapa yang tidak tahu apa itu Dr. Stone, ia merupakan manga yang diterbitkan pada tahun 2017 oleh penulis, Riichiro Inagaki dan artis Boichi. Sehingga kini, manga itu telah mengeluarkan 26 jilid manga dan mempunyai lebih dari 12 juta salinan yang diedarkan. Animenya juga dimulakan pada bulan Julai 2019 dengan bantuan dari TMS Entertainment. Anda boleh membaca siri ini secara percuma di MangaPlus. Berikut adalah sinopsis untuk siri Dr. Stone:

Suatu hari yang ditakdirkan, seluruh manusia telah berubah menjadi batu. Bertahun-tahun kemudian, Taiju telah membebaskan dirinya dari terus membatu dan mendapati dirinya dikelilingi oleh patung-patung batu. Situasinya kelihatan suram sehinggalah dia berjumpa dengan rakannya yang sukakan sains, Senku! Bersama-sama, mereka merancang untuk memulihkan kembali kehidupan mereka dengan kuasa sains!

Sekali lagi saya ingatkan, Dr Stone: New World (Season 3) akan dikeluarkan pada April 2023. Namun masih tiada maklumat terperinci tentang berapa hari bulan ia akan ditayangkan. Jika anda ingin membaca liputan lanjut mengenai manga dan anime, anda boleh klik di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeDr StoneJump Festamanga
Previous Post

Anime reboot Rurouni Kenshin akan tiba 2023, diuruskan oleh LIDEN FILMS!

Next Post

MAPPA akan uruskan anime Hell’s Paradise: Jigokuraku, akan keluar April 2023 di Netflix!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
MAPPA akan uruskan anime Hell’s Paradise: Jigokuraku, akan keluar April 2023 di Netflix!

MAPPA akan uruskan anime Hell's Paradise: Jigokuraku, akan keluar April 2023 di Netflix!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd