Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Netflix mungkin akan hasilkan filem live action My Hero Academia!

Alan Fikri by Alan Fikri
December 13, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Filem, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Netflix mungkin akan hasilkan filem live action My Hero Academia!
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix telah mengumumkan tentang produksi untuk filem baru dalam francais Kohei Horikoshi, My Hero Academia. Projek ini akan menghasilkan filem live action My Hero Academia daripada penerbit, Legendary Entertainment.

Butiran pertama tentang filem live action untuk siri ini telah diumumkan pada Ogos 2021 lalu, kini kita telah didedahkan bahawa filem ini akan diarahkan oleh Shinsuke Sato. Ini merupakan penampilan pertamanya dalam industri Hollywood. Sato terkenal dengan pengarahan filem dan siri TV seperti live action Bleach, Alice in Borderland, Gantz, Kingdom, Death Note dan I am a Hero.

Lakon layar atau skrip akan ditulis oleh Joby Harold, dia terkenal sebagai penulis untuk siri Disney+ Obi-Wan Kenobi, Army of the Dead, Godzilla, dan filem Transformers yang akan datang bertajuk “Transformers: Rise of the Beasts”.

Alex Garcia dan Jay Ashenfelter daripada Legendary Entertainment akan bertanggungjawab ke atas projek ini, manakala Ryosuke Yoritomi, salah seorang editor manga My Hero Academia, akan menyelia projek ini bagi pihak Shueisha. Bagi tayangan filem pula, Toho Co. akan mengeluarkan filem ini di Jepun manakala Shueisha pula akan memfokuskan tayangan di luar Jepun.

Perlu diingatkan bahawa siri Alice in Borderland yang ditayangkan di Netflix juga merupakan adaptasi daripada manga dan ianya dianggap sebagai salah satu daripada adaptasi live action yang berjaya. Dengan pengarah yang sama untuk live action My Hero Academia ini, sudah pasti para peminat tidak perlu risau tentang masa depan filem ini.

Netflix juga sudah selesai pengambaran untuk siri live action berdasarkan manga One Piece oleh Eichiro Oda. Kini ia berada dalam fasa terakhir dalam produksi.

Berikut adalah sinopsis My Hero Academia:

Pelajar sekolah menengah, Midoriya Izuku mahu menjadi seorang hero lebih daripada segala-galanya, tetapi dia tidak mempunyai sedikit pon kuasa dalam dirinya. Tanpa peluang untuk memasuki U.A. yang berprestij. Sekolah untuk hero baru, hidupnya nampaknya mencapai jalan buntu. Kemudian, dia bertemu dengan All Might, hero terhebat mereka semua, memberinya peluang untuk mengubah nasibnya…

Jadi apa pendapat anda tentang live action My Hero Academia ini, adakah ia akan gagal seperti siri live action yang lain atau sebaliknya? Boleh berikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

Sementara menunggu maklumat lanjut tentang live action My Hero Academia, anda boleh tonton anime di Netflix daripada musim pertama hingga yang terkini. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai My Hero Academia daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Legendary Entertainmentlive actionMy Hero Academianetflix
Previous Post

Wit Studio Dedahkan Sebab Sekuel Attack on Titan dan Vinland Saga Dihasilkan oleh MAPPA!

Next Post

Sonic Prime akan hadir di Netflix pada 15 Disember, gotta go fast!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Sonic Prime akan hadir di Netflix pada 15 Disember, gotta go fast!

Sonic Prime akan hadir di Netflix pada 15 Disember, gotta go fast!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd