Penerbit Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan bahawa Returnal akan dilancarkan untuk platform PC melalui Steam dan Epic Games Store pada awal 2023. Dibangunkan oleh Housemarque dan dikeluarkan pada tahun 2021 secara eksklusif untuk PS5, Returnal akhirnya tersedia untuk pemain PC cuba!
Menurut Playstation Blog, Returnal PC dibuat dengan bantuan Climax Studios.
Untuk versi PC, terdapat pelbagai pembaikan dan upgrade khusus untuk memastikan pengalaman itu selancar mungkin. Lebih lanjut mengenai butiran ini akan datang kemudian, tetapi yakinlah bahawa anda akan berhadapan dengan cabaran yang canggih, dan semua perubahan dan tambahan ini tersedia untuk menyokong pengalaman permainan termasuk cabaran tanpa henti di Tower of Sisyphus dan mode online co-op.

Bagi mereka yang kurang tahu tentang Returnal, game ini berlatarkan di fiksyen sains futuristik di mana pemain mengawal Selene Vassos – seorang juruterbang angkasa lepas, dilengkapi dengan sut dan bersenjatakan senjata berteknologi tinggi, yang terdampar di planet asing bernama Atropos dan terperangkap dalam time loop.
Selepas setiap kematian, Selene akan hidup semula dan perlu merentasi persekitaran asing dan memerangi entiti luar angkasa di dunia yang sentiasa berubah.

Ciri-ciri utama:
- Pertempuran sengit – Berjuang untuk bertahan hidup dalam game third-person roguelike shooter ini. Lawan musuh kejam dalam pertarungan penuh letupan!
- Penerokaan yang mendebarkan – Urus peralatan dan sumber dengan berhati-hati – setiap kali mati, anda perlu bermula semula dari awal. Cari teknologi asing untuk meningkatkan kebolehan dalam kitaran masa hadapan.
- Naratif yang Menghantui – Cantumkan memori Selene semasa dia mencari jawapan. Jalin hubungan peribadi dengan planet ini sambil meneroka rupa bumi yang sentiasa berubah dan mereput.

Nantikan maklumat lanjut tentang Returnal PC pada awal 2023!
Untuk membaca segala liputan kami tentang The Game Awards 2022, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post