Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result
Home Berita

Dulu di PS, Returnal kini rasmi akan datang di PC pada 2023! [TGA 2022]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 9, 2022
in Anugerah, Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS5, Seram, Shooter, Steam
0 0
0
Dulu di PS, Returnal kini rasmi akan datang di PC pada 2023! [TGA 2022]
Share on FacebookShare on Twitter

Penerbit Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan bahawa Returnal akan dilancarkan untuk platform PC melalui Steam dan Epic Games Store pada awal 2023. Dibangunkan oleh Housemarque dan dikeluarkan pada tahun 2021 secara eksklusif untuk PS5, Returnal akhirnya tersedia untuk pemain PC cuba!

Menurut Playstation Blog, Returnal PC dibuat dengan bantuan Climax Studios.

Untuk versi PC, terdapat pelbagai pembaikan dan upgrade khusus untuk memastikan pengalaman itu selancar mungkin. Lebih lanjut mengenai butiran ini akan datang kemudian, tetapi yakinlah bahawa anda akan berhadapan dengan cabaran yang canggih, dan semua perubahan dan tambahan ini tersedia untuk menyokong pengalaman permainan termasuk cabaran tanpa henti di Tower of Sisyphus dan mode online co-op.

Bagi mereka yang kurang tahu tentang Returnal, game ini berlatarkan di fiksyen sains futuristik di mana pemain mengawal Selene Vassos – seorang juruterbang angkasa lepas, dilengkapi dengan sut dan bersenjatakan senjata berteknologi tinggi, yang terdampar di planet asing bernama Atropos dan terperangkap dalam time loop.

Selepas setiap kematian, Selene akan hidup semula dan perlu merentasi persekitaran asing dan memerangi entiti luar angkasa di dunia yang sentiasa berubah.

Ciri-ciri utama:

  • Pertempuran sengit – Berjuang untuk bertahan hidup dalam game third-person roguelike shooter ini. Lawan musuh kejam dalam pertarungan penuh letupan!
  • Penerokaan yang mendebarkan – Urus peralatan dan sumber dengan berhati-hati – setiap kali mati, anda perlu bermula semula dari awal. Cari teknologi asing untuk meningkatkan kebolehan dalam kitaran masa hadapan.
  • Naratif yang Menghantui – Cantumkan memori Selene semasa dia mencari jawapan. Jalin hubungan peribadi dengan planet ini sambil meneroka rupa bumi yang sentiasa berubah dan mereput.

Nantikan maklumat lanjut tentang Returnal PC pada awal 2023!


Untuk membaca segala liputan kami tentang The Game Awards 2022, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ReturnalReturnal PCThe Game Awards 2022
Previous Post

Valiant Hearts: Coming Home– Game Mobile Terbaru Netflix Akan Hadir Awal 2023 Ini! [TGA2022]

Next Post

Hellboy Web of Wyrd — Game Rougelite Terbaru Membawa Pemain Ke Dunia Misteri! [TGA 2022]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Interview World of Warcraft: Dragonflight bersama Blizzard – Perubahan dalam Update 10.1
Temuramah

Interview World of Warcraft: Dragonflight bersama Blizzard – Perubahan dalam Update 10.1

May 26, 2023
[Review] ROG Ally Z1 Extreme – Gaming PC mudah alih bukan lagi mimpi!
Review

[Review] ROG Ally Z1 Extreme – Gaming PC mudah alih bukan lagi mimpi!

May 26, 2023
Game The Lord of the Rings: Gollum Terima Kritikan Hebat, Antara Game Paling Teruk 2023!
Berita

Game The Lord of the Rings: Gollum Terima Kritikan Hebat, Antara Game Paling Teruk 2023!

May 26, 2023
Next Post
Hellboy Web of Wyrd — Game Rougelite Terbaru Membawa Pemain Ke Dunia Misteri! [TGA 2022]

Hellboy Web of Wyrd -- Game Rougelite Terbaru Membawa Pemain Ke Dunia Misteri! [TGA 2022]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2023 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2023 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In