Selain daripada jalan cerita yang mengembang, siri Naruto juga menyerlah dengan set kebolehan unik yang dipanggil sebagai Kekkei Genkai. Kebolehan ini hanya dimiliki oleh sesetengah puak atau bloodline. Walaupun tiada had untuk berapa banyak Kekkei Genkai yang boleh digunakan oleh shinobi, memiliki satu sahaja juga boleh dianggap sebagai satu kejayaan yang luar biasa. Namun, seorang Shinobi terhebat berjaya memiliki empat Kekkei Genkai iaitu Uchiha Madara.

Walaupun Madara mendapatkan kebolehan ini dengan keadah yang bukan semula jadi, dia mampu memanipulasikan empat jenis elemen dengan mudah adalah satu kejayaan besar. Dengan empat Kekkei Genkai iaitu Mangekyo Sharingan, Ranton, Rinnegan dan Mokuton, tiada shinobi lain yang mampu menandingi kehebatan Uchiha Madara.
Di bawah saya akan menerangkan secara ringkas tentang Kekkei Genkai yang dipunyai oleh Uchiha Madara:
Mangekyo Sharingan

Versi advance Kekkei Genkai puak Uchiha, Mangekyo Sharingan dapat memberikan penggunanya akses kepada beberapa Jutsu yang luar biasa, malah ada yang diklasifikasikan sebagai Jutsu terlarang. Sebagai seorang Uchiha, Madara sudah memiliki Sharingan dari kecil yang kemudian berkembang menjadi Mangekyo Sharingan. Namun, versi Kekkei Genkai ini mampunyai satu kelemahan iaitu ia akan membuatkan penggunanya hilang penglihatan.
Sebagai seoran shinobi yang bijak, Madara menemui cara untuk mengatasi kelemahan itu dengan mengambil mata adiknya sendiri, Uchiha Izuna. Hasilnya, Madara berjaya memperoleh Eternal Mangekyo Sharingan yang tidak mempunyai sebarang kelemahan dan boleh digunakan tanpa sebarang kesan buruk kepadanya. Ini menyebabkan dia menjadi salah seorang shinobi terkuat di dalam siri Naruto.
Ranton

Ranton atau Storm Release ialah Kekkei Genkai yang diperolehi dengan menggabungkan elemen petir dan air. Madara tidak mempunyai kebolehan ini secara semula jadi, namun dia memperoleh Jutsu Ranton selepas dia mendapat chakra daripada Sage of the Six Path.
Kekkei Genkai versi Madara adalah sedikit berbeza di mana dia menggabungkan Ranton dan Senjutsu, membuat dia mampu mengeluarkan cahaya nipis daripada mulutnya. Jutsu ini mampu memotong gunung dan tidak boleh dielak kerana ia bergerak pada tahap kelajuan cahaya.
Mokuton

Mokuton dikenai sebagai Kekkei Genkai yang paling “rare” di dunia shinobi, kerana satu-satunya pengguna terkenal yang menggunakan kebolehan ini secara semula jadi ialah Hokage Pertama daripada Konoha, Senju Hashirama. Tiada seorang pun daripada keturunannya dapat mewarisi Kekkei Genkai ini dan untuk memperoleh kebolehan Mokuton adalah dengan memasukkan DNA Hashirama ke dalam badannya.
Madara memperoleh kuasa ini selepas dihidupkan semula melalui Jutsu Edo Tensei yang disediakan khas oleh Kabuto bersama DNA Hashirama di dalamnya. Disebabkan DNA Hokage Pertama mengalir dalam badannya, Madara mampu menggunakan Mokuton dengan bebas lalu menambah senarai Kekkei Genkai yang terkuat dalam senjatanya.
Rinnegan

Rinnegan dikatakan sebagai yang terkuat daripada tiga Dojutsu yang berkuasa di siri Naruto kerana ia mempunyai kehebatan visual yang luar biasa. Tetapi, tiada siapa yang tahu bagaimana cara untuk membangkitkan Rinnegan dan telah dianggap sebagai mustahil kerana ia juga tidak boleh diwarisi. Madara membangkitkan Rinnegannya secara tidak sengaja ketika dia memakan daging Hashirama. Apabila DNA Hashirama bergabung dengan Madara, dia secara tiba-tiba telah mengaktifkan Rinnegan.
Tidak lama selepas dia mengaktifkan Dojutsu ini, Madara meninggal dunia, namun di telah membuat rancangan untuk hidup semula. Jadi, untuk melindungi Rinnegan tersebut, dia telah memberikan kepada Nagato. Setelah dihidupkan semula, Madara sekali lagi memiliki mata yang sama, disemai dengan corak bulat Rinnegan.

Itulah senarai Kekkei Genkai yang Uchiha Madara ada. Dengan Kekkei Genkai yang tiada tandingan, dia betul-betul menjadi shinobi yang digeruni. Ia terbukti daripada peristiwa-peristiwa Fourth Great Shinobi War.
Setakat ini, itu sahaja yang dapat saya kongsikan kepada anda. Apa pendapat anda tentang kebolehan dan kekuatan Uchiha Madara dalam siri ini? Adakah dia terlalu OP? Boleh tinggalkan pendapat anda di ruangan komen di bawah.
Untuk banyak lagi liputan menarik tentang Naruto, boleh tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post