Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

World of Warcraft: Dragonflight Tersedia Sekarang! Mulakan Pengembaraan di Dragon Isles!

Maira by Maira
November 29, 2022
in Artikel, Battle.net, Berita, Game, Game Baru, MMO, PC, RPG
0 0
0
World of Warcraft: Dragonflight Tersedia Sekarang! Mulakan Pengembaraan di Dragon Isles!
Share on FacebookShare on Twitter

World of Warcraft: Dragonflight, pengembangan kesembilan kepada game MMOPRG popular oleh Blizzard Entertainment, kini boleh dimainkan! Heroes of the Horde dan Alliance dipanggil kembali ke Azeroth untuk meneroka Dragon Isles dan rahsia purbanya yang misteri, di mana aspek naga telah kembali untuk menuntut semula kerajaan dan tempat nenek moyang mereka.

World of Warcraft: Dragonflight

“Dragonflight mempunyai perkara yang selalu digemari pemain tentang World of Warcraft — penerokaan, penyesuaian dan perasaan tertanya-tanya apabila dunia dan ceritanya terbongkar,” kata Mike Ybarra, presiden Blizzard Entertainment. “Kemas kini kepada sistem teras, seperti pepohon bakat baharu, membina legasi WoW untuk semua jenis pemain, membolehkan rakan lama dan baharu menikmati segala yang ditawarkan Azeroth untuk tahun-tahun akan datang.”

Dragon Isles yang baharu terdiri daripada lima zone, yang merupakan antara yang terbesar mengikut kawasan dalam sejarah WoW: Forbidden Reach, zon permulaan baharu untuk dracthyr race; Waking Shore, kawasan liar yang penuh dengan tenaga elemental; Ohn’ahran Plain, rumah kepada centaur clan; Azure Span,  tempat ikan tuskarr di tengah runtuhan misteri dan Thaldrazsus, pusat kuasa bagi aspek naga dan rumah ibu kota naga Valdrakken.

World of Warcraft: Dragonflight

Dragonflight memperkenalkan kombo race/class untuk World of Warcraft, Dracthyr Evoker. Menampilkan banyak pilihan penyesuaian watak dan bermula pada tahap 58, dracthyr Evoker ialah kelas ranged damage pertama yang akan ditambahkan ke World of Warcraft sejak pelancaran game 18 tahun lalu. Pemain boleh menyalurkan keajaiban penerbangan naga, bergerak merentasi medan perang sambil mereka menyembuhkan sekutu mereka atau memberikan damage musuh mereka sambil menggunakan sihir Empowered serba baharu.

Mulakan penerbangan awal dalam Dragonflight dengan Dragonriding, kaedah penerokaan udara yang serba baharu dan menggembirakan, di mana pengembara boleh menyelam dari ketinggian menaiki Dragon Isles Drakes yang boleh ditunggangi untuk mendapatkan kelajuan sebelum naik ke atas untuk meluncur dan memanfaatkan momentum yang dibina. Selain bersaing dalam time trial dan perlumbaan multiplayer, pemain boleh mengumpulkan pelbagai penyesuaian penampilan seluruh akaun dan peningkatan kemahiran untuk empat drake yang boleh diperolehi di seluruh Dragon Isles dalam perjalanan mereka ke level cap baharu 70.

World of Warcraft: Dragonflight

Core system untuk Dragonflight telah dibina semula dan masing-masing akan melihat kemas kini selanjutnya melalui pendekatan berperingkat sepanjang pengembangan:

  • Sistem Talent Tree baharu menawarkan kawalan ke atas gameplay, pilihan yang lebih berkesan di setiap peringkat dan kombinasi keupayaan baharu. Talent build permulaan tersedia untuk membantu pengembara baharu atau yang kembali dan ia boleh disimpan, ditukar dan dikongsi dengan rakan.
  • Paparan Heads-Up Display (HUD) dan UI kelihatan hebat pada paparan moden dan memaparkan maklumat gameplay penting dengan lebih berkesan. UI HUD kini mudah disesuaikan untuk semua jenis pemain dengan penambahan mod edit dan membolehkan perkongsian loadout dengan mudah.
  • Profesion yang Dipertingkatkan, yang kini menjadi tonggak pemerolehan gear, membolehkan master crafter atau gatherer dan membina clientele melalui work order yang dilakukan oleh pemain baharu, specialization yang boleh dibuka dan penambahan sistem kualiti untuk crafting dan gathering.

Berikut adalah edisi Dragonflight yang tersedia bersama harga melalui Battle.net:

  • Base Edition ($49.99)
    • Drakks Pet
    • Akses awal Dracthyr Evoker, race dan class
  • Heroic Edition ($69.99)
    • Murkastrasza Pet
    • Boost level watak Dragonflight (level 60)
    • Tangled Dreamweaver
  • Epic Edition ($89.99)
    • Semua item Heroic Edition
    • Efek Hearthstone Timewalker
    • Diadem of the Spell-keeper head-slot transmog
    • Wings of Awakening Back-slot Transmog dalam 5 variasi warna
    • 30 hari Game Time

Tawaran istimewa langganan 12 bulan kini tersedia (AS$155.88, bersamaan dengan AS$12.99 sebulan) yang disertakan dengan Nether-Gorged Greatwyrm dan Tabard of the Flame WoW Classic daripada tawaran langganan 6 bulan semasa, ditambah Telix the Stormhorn, Gargantuan Grrloc, Festering Emerald Drake dalam WoW Classic, dan semua item yang akan diumumkan disertakan dengan tawaran langganan 6 bulan 2023 yang akan datang—akan didedahkan pada bulan Januari.

Langganan aktif diperlukan untuk bermain World of Warcraft. Untuk maklumat lanjut tentang World of Warcraft: Dragonflight, lawati laman web rasmi game.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: World of WarcraftWorld of Warcraft: DragonflightWoW
Previous Post

Interview bersama May’n – Menceritakan pengalaman lakonan suara D4DJ di AFA 2022!

Next Post

Yu-Gi-Oh! Master Duel Memperkenalkan Challenger Cup Tournament Series! Buktikan Skill Duelist Anda!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Yu-Gi-Oh! Master Duel Memperkenalkan Challenger Cup Tournament Series! Buktikan Skill Duelist Anda!

Yu-Gi-Oh! Master Duel Memperkenalkan Challenger Cup Tournament Series! Buktikan Skill Duelist Anda!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd