Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Predator League 2022 APAC Grand Finals bermula hari ini, menyatukan gamer di seluruh rantau!

Alan Fikri by Alan Fikri
November 11, 2022
in Acara, Artikel, Berita, Esports, Game, Industri, Kejohanan esports, MOBA, Shooter
0 0
0
Predator League 2022 APAC Grand Finals bermula hari ini, menyatukan gamer di seluruh rantau!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas dua tahun bersaing secara digital, semua pasukan terhebat dari rantau Asia Pasifik akan bersemuka secara fizikal di Predator League 2022 APAC Grand Finals yang bermula hari ini hingga 13 November di Tokyo, Jepun! Setiap pasukan dijangka akan memberikan persembahan terbaik buat peminat e-sukan di mana acara terbahagi kepada dua kejohanan, iaitu PUBG:BATTLEGROUNDS dan Dota 2.

Jumlah ganjaran untuk kejuaraan akhir bernilai sebanyak USD $400,000 atau anggaran sekitar RM1.8 juta, manakala pemenang akan dianugerahkan APAC Predator League Shield dan peralatan gaming Predator eksklusif daripada Acer.

Kami sempat menghadiri sidang media bersama wakil Acer Predator di mana mereka menjelaskan bahawa:

Presiden Operasi Asia Pasifik Andrew Hou

Predator League Asia Pacific menyediakan platform kepada bakat muda dan rakan kongsi untuk berkembang dalam ekosistem dan industri e-sukan. Sejak edisi pertama di Jakarta, Indonesia pada 2018, lebih 15,000 pasukan di rantau Asia Pasifik menyertai Predator League. Setiap tahun, peminat akan disantuni mengikut segmen yang memaparkan kisah-kisah di sebalik pasukan tersebut, sekali gus menyentuh emosi dan keterujaan untuk kejuaraan yang ditunggu-tunggu ini.

Dengan tema “Unite as One” dalam Predator League 2022, Acer mahu berhubung semula dengan pemain dan menunjukkan komitmen syarikat kepada komuniti gaming, katanya.

Malah, kejohanan tahun ini memperkenalkan cara baharu untuk peminat menunjukkan sokongan dengan signal tangan ala-ala Rock untuk meniru logo Predator.

Ini adalah acara fizikal pertama di Jepun dalam tempoh tiga tahun dan merupakan simbol yang bagus. Walaupun PC gaming hanya merangkumi kadar 20% populasi di Jepun, Acer berkata jumlah itu semakin meningkat, di mana seperti DOTA dijangka akan terus meningkat dalam populariti.

Bukan itu sahaja, mereka juga telah menetapkan lokasi untuk Predator League Finals 2024 yang bakal diadakan Filipina semula selepas dibatalkan sebelum ini!

Sebagai rujukan untuk Predator League APAC Grand Finals 2022, berikut adalah jadual penuh bagi kejohanan supaya anda tidak terlepas apa-apa perlawanan (dalam bahasa Inggeris, waktu tempatan Malaysia):

  • Hari 1 (11 November)
    • 10:30 pagi Siaran langsung bermula untuk majlis pembukaan
      • Dota 2: perlawanan bermula pada 12 tengahari
      • Perlawanan PUBG: bermula pada 2:45 petang
  • Hari 2 (12 November)
    • Dota 2: Siaran langsung bermula pada 10:30 pagi dan perlawanan bermula pada 11:00 pagi
    • PUBG: Siaran langsung bermula pukul 2:00 petang dan perlawanan bermula pada 2:30 petang
  • Hari 3 (13 November)
    • Dota 2: Siaran langsung bermula pada pukul 3:00 petang dan perlawanan bermula pada 3:30 petang
    • PUBG: Siaran langsung bermula pada pukul 2:00 petang dan perlawanan bermula pada 2:30 petang

Untuk tonton, sila layari laman YouTube rasmi Predator Gaming di SINI!

Peminat E-sukan boleh melawati laman web rasmi Liga Predator untuk melihat senarai pasukan yang terlibat dan mengetahui lebih lanjut mengenai kisah liga ini.

Tags: AcerDOTA2Liga Predator Asia Pasifik 2022PUBG: Battlegrounds
Previous Post

Project: The Perceiver, game open-world wuxia bakal dilancarkan di PS4 dan PS5!

Next Post

Game Mobile Terbaru “Haikyu!! Touch the Dream” Dedahkan Trailer dan Mulakan Pra-daftar!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Game Mobile Terbaru “Haikyu!! Touch the Dream” Dedahkan Trailer dan Mulakan Pra-daftar!

Game Mobile Terbaru "Haikyu!! Touch the Dream" Dedahkan Trailer dan Mulakan Pra-daftar!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd