MALICE, game seram co-op buatan tempatan akan dilancarkan pada 3 November ini di PC melalui Steam. Game tersebut dibangunkan oleh pembangun Malaysia, Nimbus Games dan diterbitkan oleh SCRY-Soft. Semasa pelancaran game, SCRY-Soft akan mengadakan acara khas untuk gamer di Malaysia dengan Buy One Free One event (Break the First Wall of Challenge).

Di Malaysia, Malice akan tersedia untuk dibeli di platform PlayCoin, SEAGM, OFFGAMERS dan Steam pada PC. Pemain Malaysia yang membeli game tersebut di platform PlayCoin, SEAGM dan OFFGAMERS dari 3 November (12:00 am) sehingga 6 November (11:59 pm) akan dapat mengambil bahagian dengan menerima dua set kod game Malice.
Dalam game memang penuh dengan teka-teki yang mencabar. Break the First Wall of Challenge boleh membantu gamer Malaysia untuk mengatasi masalah ini dengan menjadi kumpulan awal “lucky team” yang malangnya jatuh melalui lubang besar.

Break the First Wall of Challenge akan tersedia di semua PlayCoin AI Kiosk di sekitar kedai game Malaysia. Anda boleh rujuk senarai kedai game di bawah:
- Ace Electrical
- ATO Smart Game
- Gamer’s Hideout Sdn Bhd
- Game Comprehensive Enterprise
- Game Exceed
- Game Houz
- Game Wiz Enterprise
- GameMania Hangout
- Gamepool Arena
- GamesCentre Miri
- Heavyarm U Garage Store
- Impulse Internet Cafe & Bistro Sdn Bhd
- Manopaniq Management
- SP & K Game Mart
- TinyRobot Sdn Bhd

Untuk sertainya, ada beberapa syarat dan terma yang perlu diikuti. Sila rujuk maklumat di bawah:
- Hanya gamer Malaysia yang membeli game Malice daripada platform terpilih semasa tempoh acara layak untuk sertai acara.
- Platform dalam talian seperti SEAGM dan OFFGAMERS turut disertakan dalam acara ini.
- Acara ini berlangsung di semua peruncit PlayCoin AI Kiosk di Malaysia.
- Gamer Malaysia boleh melawat salah satu peruncit PlayCoin AI Kiosk untuk membeli game Malice dan menikmati tawaran Beli Satu Percuma Satu.
- Gamer Malaysia akan menerima kod game yang dibeli bersama satu kod game tambahan secara percuma selepas dibeli daripada platform yang dinyatakan di atas.
- Pemain perlu memasukkan kod game yang diterima ke dalam ‘Steam Wallet Code’ akaun Steam mereka untuk menebus game dan mula memuat turun game.

Game itu juga kini tersedia untuk wishlist di halaman Steam. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post