Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Street Fighter V menampilkan pantai Malaysia dalam game, siap rumah klasik lagi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 2, 2022
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Fighting, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Street Fighter V menampilkan pantai Malaysia dalam game, siap rumah klasik lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun sudah bertahun-tahun dikeluarkan, Street Fighter V masih sangat popular di kalangan gamer dan peminat fighting game. Di forum internet, ramai berkumpul untuk membincangkan macam-macam jenis topik di mana salah satu topik terhangat adalah — “Adakah Kanzuki Beach di Street Fighter V sebenarnya berasal dari Malaysia?”

Jawapan rasmi adalah ya. “Kanzuki Beach” daripada game Street Fighter V memang ditetapkan di Malaysia.

Sekilas pandang, kita boleh lihat bahawa Stage ini berlangsung di tepi pantai yang biru jernih dan berlatarkan hutan dan sebuah rumah kampung melayu tradisional. Selain itu, anda boleh melihat pokok-pokok dan tumbuhan tempatan seperti pokok kelapa, pokok pisang dan sebagainya.

Semua ciri-ciri ini memang berasal dari Asia Tenggara, tetapi ramai pemain tidak pasti jika ia Malaysia, Indonesia, atau Brunei. Topik ini sudah lama dibincangkan sejak tahun 2017 tetapi tidak semua tahu jawapan sebenar…

Sehinggalah komposer muzik Street Fighter V Keiki Kobayashi memuat lagu latar belakang (BGM) bagi Stage ini di laman Spotify, Apple Music dan Last.fm yang rasmi bertajuk “Kanzuki Beach -Malaysia Stage-“. (Terima kasih The Star!)

Jadi jawapannya adalah ya, Kanzuki Beach memang berasal dari Malaysia.

Apa yang membuatkan Stage ini unik?

Kanzuki Beach ialah DLC Stage dalam Street Fighter V yang memaparkan pantai persendirian keluarga Karin Kanzuki. Ini merupakan kali pertama negara kita muncul dalam mana-mana edisi Street Fighter dan apa yang membuatkan Stage ini lebih istimewa adalah Streamline Studios, sebuah studio tempatan di Malaysia, juga terlibat dalam mencipta dunia, reka bentuk dan watak-watak Street Fighter V.

Bukan itu sahaja, ini merupakan salah satu daripada empat Stage yang dilarang dalam kejohanan kompetitif (Stage lain adalah The Grid, Skies of Honor dan Flamenco Tavern). Ini kerana air laut menghalang pemain daripada melihat serangan/ abiliti di tanah seperti Fuharenkyaku milik Juri dan kulit pisang yang dijatuhkan oleh Birdie.


Jadi apa pendapat korang? Bangga tak lihat Malaysia dalam game Street Fighter? Untuk segala liputan kami tentang francais game ini termasuk berita tentang entri terbaru Street Fighter 6, sila tekan pautan ini.

Tags: MalaysiaStreet Fighter V
Previous Post

One Piece – Zoro, Sanji, Jinbe, siapakah orang kanan sebenar Luffy?!

Next Post

Eksklusif Untuk Gamer Malaysia! Dapatkan Kod Extra MALICE Dengan Acara “Break the First Wall of Challenge”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Eksklusif Untuk Gamer Malaysia! Dapatkan Kod Extra MALICE Dengan Acara “Break the First Wall of Challenge”

Eksklusif Untuk Gamer Malaysia! Dapatkan Kod Extra MALICE Dengan Acara "Break the First Wall of Challenge"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd