Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Chainsaw Man: Siapa Makima Sebenarnya? Ketahui Sebab Dia Selamatkan Denji!

Maira by Maira
November 2, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Chainsaw Man: Siapa Makima Sebenarnya? Ketahui Sebab Dia Selamatkan Denji!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru sahaja umumkan adaptasi anime, peminat Chainsaw Man yang membaca manga semuanya tidak sabar untuk melihat Makima, salah satu watak penting dalam siri tersebut. Yang tidak pernah membaca manga, mesti tertanya-tanya kenapa ramai yang suka pada Makima. Jom kami ceritakan sedikit tentangnya secara ringkas.

Untuk pengatahuan anda, Makima merupakan ahli dalam Public Safety Devil Hunters dan juga ketua kepada unit Tokyo Special Division 4 yang dianggotai oleh Denji, Hayakawa, Power dan Himeno.

Kita telah pun berjumpa dengan Makima buat kali pertama selepas dia menjumpai Denji setelah dia bertukar menjadi Chainsaw Man. Apabila devil hunter bersedia untuk membunuh Denji pada waktu itu, dia telah menyelamatkannya dan membawanya sertai pasukannya. Nampak macam baik sahaja betul tidak?

Tetapi ada sebab mengapa dia berbaik dengan Denji sebenarnya. Tapi kalau nak kami ceritakan memang alamatnya penuh spoiler. Kalau anda sanggup untuk baca spoiler tersebut, boleh klik di bawah:

AMARAN! ADA SPOILER MANGA CHAINSAW MAN!
Makima sebenarnya control devil yang mempunyai kebolehan untuk mengawal sesiapa sahaja. Tetapi sudah tentu ada syaratnya. Dia perlu yakin bahawa dia boleh mengalahkannya. Jadi dengan mengambil kesempatan terhadap perasaan Denji, Makima cuba untuk melemahkannya dan mengambil kuasa Chainsaw Man.

Tetapi dia sebenarnya ingin bersama Pochita dan hidup dengan gembira. Tetapi sebagai Control Devil, ia telah menghalangnya untuk menjalinkan hubungan atau berkeluarga.

Seperti yang kami ceritakan dahulu, Pochita merupakan Chainsaw Devil yang boleh memadam kewujudan devil yang dimakannya. Kalau kuasa tersebut jatuh ke tangan yang salah, memang huru-hara lah dunia tersebut.

Tetapi personaliti Makima sendiri antara sebab mengapa ramai peminat yang meminatinya. Walaupun dia jenis terus-terang, tetapi watak-watak dalam anime menghormatinya. Dia juga sering mengusik Denji yang kekurangan “kasih sayang”.

Dia juga kelihatan seperti seseorang yang baik, lembut dan peramah. Memang jaranglah kalau dia tidak senyum. Walaupun berada dalam situasi yang sukar, Makima kelihatan santai dan yakin. Senang cerita, dia seseorang yang “cool”. Jadi memang tidak pelik mengapa peminat suka padanya.

Banyak lagi benda yang kami ingin ceritakan, tetapi kita tunggu apabila siri anime menunjukkan sisi lain Makima yang anda tidak pernah lihat.

Untuk anda yang ingin menonton anime ini, boleh gunakan platform seperti Ani-One Asia dan Amazon Prime! Siri ini juga akan tersedia di platform lain pada masa akan datang. Manganya juga tersedia secara percuma di MangaPlus untuk dibaca.

Untuk segala liputan mengenai Chainsaw Man daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: Chainsaw ManMakima
Previous Post

Post-Mortem The International 11 – “Magic” kejohanan terbesar Dota 2 hilang

Next Post

Pelakon The Witcher Henry Cavill berhenti jadi Geralt of Rivia — Ini punca dan sebabnya!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Capcom Mid-Year Sale Bawa Diskaun Pertama Kali Buat Resident Evil Requiem
Promosi

Capcom Mid-Year Sale Bawa Diskaun Pertama Kali Buat Resident Evil Requiem

June 8, 2026
Bethesda Umum The Elder Scrolls Online: Season One & Fallout 76: Infestations
Berita

Bethesda Umum The Elder Scrolls Online: Season One & Fallout 76: Infestations

June 8, 2026
Gears of War: E-Day Tiba 6 Oktober, Hanya Di Xbox & PC
Berita

Gears of War: E-Day Tiba 6 Oktober, Hanya Di Xbox & PC

June 8, 2026
Next Post
Pelakon The Witcher Henry Cavill berhenti jadi Geralt of Rivia — Ini punca dan sebabnya!

Pelakon The Witcher Henry Cavill berhenti jadi Geralt of Rivia -- Ini punca dan sebabnya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd