Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game terbaik PlayStation dapat diskaun di Steam, promosi masa terhad!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 28, 2022
in Artikel, Berita, PC, Promosi, Steam
0 0
0
Game terbaik PlayStation dapat diskaun di Steam, promosi masa terhad!
Share on FacebookShare on Twitter

Sepanjang tahun 2022, Sony telah membuat inisiatif yang hebat untuk membawa game seperti God of War, Marvel’s Spider-Man, Uncharted 4 dan Sackboy: A Big Adventure ke platform PC. Memandangkan musim cuti semakin dekat dan banyak game hebat bakal dikeluarkan tidak lama lagi, Steam telah memberi diskaun kepada beberapa game terbaik PlayStation untuk memudahkan orang membeli.

Buat masa ini, empat game hebat yang diterbitkan oleh PlayStation di PC telah menerima diskaun. Diskaun ini terdiri daripada potongan 20% sehingga 75%. Malangnya, bukan semua game PlayStation disertakan dalam promosi ini. Nasib baiklah ada dua judul besar yang korang patut cuba!

Khususnya, God of War kini mempunyai diskaun pada harga RM167.20 daripada RM209.00 manakala Marvel’s Spider-Man Remastered, yang baru dilancarkan di PC lebih kurang sebulan yang lalu, mempunyai diskaun RM199.20 daripada harga asal RM249.00 – kedua-duanya memiliki potongan diskaun 20%.

Mungkin penurunan harga tidak terlalu ketara, tetapi PlayStation masih sediakan beberapa diskaun lain untuk game mereka. Seterusnya, Days Gone kini dijual pada harga RM83.60 iaitu diskaun sebanyak 60% daripada harga original (RM209.00). Kemudian kita ada HELLDIVERS™ Dive Harder Edition, yang harganya diturunkan sebanyak 75% dan kini bernilai semurah RM15.00 sahaja.

Itu sahaja yang dipromosikan, jadi jangan terlepas peluang untuk dapatkan antara game PlayStation terbaik di PC!

Sony masih dalam rancangan untuk membawa lebih banyak game ke platform PC dan Steam di masa hadapan, jadi kami pasti akan melihat lebih banyak promosi pada musim cuti nanti. Baru semalam sahaja, Steam telah mengeluarkan Sackboy: A Big Adventure manakala Uncharted: Legacy of Thieves Collection telah dilancarkan pada minggu lepas.

Bukan itu sahaja, Marvel’s Spider-Man: Miles Morales juga akan datang ke PC pada 18 November, jadi masih ada banyak game PlayStation bagus yang korang boleh cuba di Steam jika tidak kisah bayar harga penuh.

Untuk membaca segala liputan kami tentang promosi terkini termasuk diskaun dan sebagainya, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DiskaunPCplaystationpromosi
Previous Post

The Witcher kini percuma di GOG, ini cara-cara untuk dapatkannya!

Next Post

Barisan Filem dan Siri Menarik Netflix Untuk Anda Layan November 2022!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Barisan Filem dan Siri Menarik Netflix Untuk Anda Layan November 2022!

Barisan Filem dan Siri Menarik Netflix Untuk Anda Layan November 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd