Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

James Gunn & Peter Safran ketuai DC Studio bermula 1 November 2022!

safwan by safwan
October 26, 2022
in Artikel, Berita, Filem, Industri, Movie/siri
0 0
0
James Gunn & Peter Safran ketuai DC Studio bermula 1 November 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah lama mencari pengganti DC Films Chief Walter Hamada, akhirnya Warner Bros. Discovery CEO David Zaslav telah menjumpai dua orang yang sangat berpengalaman iaitu James Gunn dan Peter Safran dan mereka berdua akan memegang jawatan baharu sebagai Co-Chairmen dan Chief Executive Officer DC Studio.

Menurut The Hollywood Reporter, kesemua filem, siri dan animasi DC selepas ini akan diketuai oleh DC Studio dan bukannya DC Film lagi.

James Gunn adalah pembuat filem terkenal yang pernah membuat filem Suicide Squad dan sekarang ini sedang melibatkan dirinya dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) bagi filem Guardian of the Galaxy. Filem ketiga bagi Guardian of the Galaxy bakal ditayangkan pada tahun depan dan Holiday Special pula pada bulan hadapan di Disney+.

Dengan persetujuan untuk menyertai DC Studio, dia tidak lagi dibenarkan untuk menerima sebarang projek mengenai MCU selepas ini. Dia hanya boleh membuat filem, siri dan animasi di bawah Warner Bros. sahaja.

Pada awalnya, Peter Safran tidak mahukan jawatan tersebut kecuali mempunyai seorang kreatif di sisinya dan siapa sangka orang itu adalah James Gunn seorang pembuat filem yang hebat.

Sementara itu, The Safran Company akan terus dikendalikan oleh President of Production, John Rickard. Mereka mempunyai beberapa projek dalam gabungan di dalam dan di luar Warner Bros. DC termasuk filem aksi Head of State yang menampilkan Idris Elba dan John Cena di Amazon Studios.

Gunn dan Safran akan bekerjasama rapat dengan Casey Bloys, Chairman and CEO of HBO and HBO Max Content; serta Channing Dungey, Chairman, Warner Bros. Television Group; Kathleen Finch, Chairman and Chief Content Officer, US Networks Group; Pam Lifford, President, Warner Bros. Discovery Consumer Products; dan David Haddad, President, Warner Bros. Interactive Entertainment.

Buat masa sekarang David Zaslav masih mencari seorang lagi bagi mengetuai bahagian Warner Bros. Animation. Jawatan ini akan bersama Warner Bros Motion Pictures dan DC semasa mengambil alih konglomerat baharu.

Apa pendapat anda berkenaan James Gunn dan Peter Safran yang bakal mengetuai DC Studio sebagai Co-Chairmen dan Chief Executive Officer? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai filem, siri, game dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DC StudiosJames GunnPeter SafranWarner Bros
Previous Post

Selamat Tinggal Miniclip! Tiada Lagi Ratusan Game Percuma Untuk Dimainkan!

Next Post

Steam Scream Fest telah tiba, menjerit ketakutan lihat harga turun!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Steam Scream Fest telah tiba, menjerit ketakutan lihat harga turun!

Steam Scream Fest telah tiba, menjerit ketakutan lihat harga turun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd