Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gohan Beast: Transformasi Gohan paling kuat setakat ini – Info lengkap!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 18, 2022 - Updated on February 10, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Filem
0 0
0
Gohan Beast: Transformasi Gohan paling kuat setakat ini – Info lengkap!
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat lama kepada francais Dragon Ball pasti sudah biasa melihat transformasi demi transformasi baru di dalam francais. Tetapi dengan filem terbaru Dragon Ball Super: Super Hero, Gohan -anak sulung kepada Goku- benar-benar telah melangkaui jangkaan kita semua dengan mempamerkan Gohan Beast, sebuah transformasi yang unik hanya untuk dirinya sahaja.

Di sini, izinkan saya jelaskan secara mendalam apa itu “Gohan Beast”!

Bagaimana ia tercipta?

Akira Toriyama (pencipta Dragon Ball) menjelaskan bahawa nama itu berasal daripada sensasi apabila “binatang buas di dalam diri telah bangkit”. Reka bentuk awal termasuk kulit pucat dan wajah lebih menakutkan dengan rambut yang besar. Sebelum nama ini dipilih, transformasi ini dirujuk sebagai Final Gohan dalam storyboard.

Dalam anime Dragon Ball Super, Gohan pernah menyebut bahawa dia berusaha untuk “transformasi terunggul yang belum pernah dilihat oleh sesiapa sebelum ini”. Dalam manga, dia pernah memberitahu Kefla tentang matlamatnya untuk berkembang secara sendiri sebagai “manusia” dan bukannya sebagai Saiyan.

Penampilan

Dalam bentuk ini, gaya rambut Gohan menyerupai Super Saiyan 2 semasa zaman remajanya melawan Cell tetapi lebih panjang dan berwarna kelabu muda dengan tona yang sama seperti Perfected Ultra Instinct.

Pada masa yang sama, kening Gohan turut bertukar warna putih manakala matanya menjadi merah sepenuhnya dengan anak mata hitam. Di sekeliling, auranya mengekalkan cahaya putih kebiruan ikonik, dengan tambahan warna magenta merah yang diselubungi kilat.

Apabila menggunakan bentuk itu, suara Gohan semakin dalam dan menjadi lebih garau, serupa dengan bentuk Super Saiyan 4 untuk menyerupai perubahannya kepada “binatang”.

Transformasi Gohan yang paling kuat

Gohan Beast merupakan evolusi kepada bentuk Potential Unleashed, dan berasal daripada kekuatan dalaman yang dimilikinya sejak zaman kanak-kanak. Buat masa ini, Beast merupakan transformasi terkuat milik Gohan dalam francais.

Selama ini, Piccolo percaya bahawa Gohan adalah pahlawan yang paling kuat, dan dalam promosi untuk filem tersebut, Toriyama juga merujuk yang Gohan lebih kuat daripada sesiapa sahaja (termasuk Goku dan Vegeta), tetapi tidak mempunyai peluang untuk menyerlah.

Walaupun kita tidak ada jawapan rasmi, ramai mengatakan bahawa Gohan Beast adalah setanding dengan Goku Ultra Instinct.

Dalam Dragon Ball Super: Super Hero, Gohan mencapai transformasi ini selepas menyaksikan Cell Max hampir membunuh Piccolo lalu berubah selepas mengalami perasaan kemarahan tulen 100%, sama seperti transformasi Super Saiyan 2 melawan Cell original.

Dalam bentuk ini, dia dengan mudah dapat bertahan tumbukan berkuasa penuh daripada Cell Max (sedangkan bentuk Potential Unleashed bersama bantuan rakan-rakan lain pun tidak boleh buat apa) dan mengalahkan orang jahat itu dengan serangan Special Beam Cannon.


Apa pendapat anda tentang Gohan Beast? Adakah Gohan layak menjadi watak utama di samping ayahnya Goku? Jom kongsikan pendapat di ruang komen!

Untuk membaca segala liputan kami tentang Gohan daripada Dragon Ball, sila tekan pautan ini.

Tags: Dragon Ball SuperGohanGohan Beast
Previous Post

EA akan tutup servis online untuk beberapa game – Red Alert 3 dan banyak lagi!

Next Post

Nitro XZ2 Review — Selami Game Dengan Monitor Lengkung Besar Serta Prestasi Padu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Nitro XZ2 Review — Selami Game Dengan Monitor Lengkung Besar Serta Prestasi Padu!

Nitro XZ2 Review -- Selami Game Dengan Monitor Lengkung Besar Serta Prestasi Padu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd