Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Memburu atau diburu, acara Doktor’s Curse kembali di Rainbow Six Siege sempena Halloween!

Alan Fikri by Alan Fikri
October 13, 2022
in Artikel, Berita, Game, Genre, Multiplayer, PC, Platform, PS4, PS5, Shooter, Ubisoft Connect, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Memburu atau diburu, acara Doktor’s Curse kembali di Rainbow Six Siege sempena Halloween!
Share on FacebookShare on Twitter

Ubisoft telah mengumumkan acara kegemaran peminat Rainbow Six Siege yang menakutkan, Doktor’s Curse, akan kembali pada 13 Oktober hingga 2 November. Doktor’s Curse: The Returned mengembalikan mod permainan Hide and Seek yang digemari dalam peta Doktor’s Castle yang menyeramkan.

Dalam versi mod permainan 5v5 Hide and Seek ini, terdapat watak baru yang akan menyertai acara ini, iaitu Oryx bersama-sama Azami, Nomad, Thorn, dan Gridlock. Raksasa mesti bersembunyi untuk mengelak daripada kena tangkap oleh Hunters.

Hunters hanya akan mempunyai Breaching Hammer sebagai senjata dan satu alat pengesan yang dipasang pada skin operator yang unik. Matlamat mereka adalah untuk mencari Raksasa dan membawa mereka keluar daripada Istana.

Untuk raksasa yang di bahagian Defenders pula, mereka tidak akan dilengkapi dengan senjata tetapi boleh menggunakan perangkap dan kebolehan unik yang dicipta dalam mod ini: Nightstride. Kebolehan ini membolehkan mereka menjadi halimunan untuk waktu yang singkat dan berlari dengan lebih pantas untuk melarikan diri dan bersembunyi.

Koleksi Doktor’s Curse akan termasuk dengan bundle untuk Smoke, Kapkan, Frost, Lesion, Doc, Bandit, Sledge, Lion, Jackal, Aruni. Manakala Ela kembali dengan penambahan bundle baru untuk Oryx, Azami, Nomad, Thorn dan Gridlock.

Selain itu, akan terdapat bundle tambahan untuk Pulse (Chiroptera Bundle), Kaid (Bloodthirst Bundle) dan Melusi (Haunting Bundle), serta tiga bundle bertema: Wicked Surgery Bundle, Incorporeal Bundle dan Flayed Pain Bundle. Bundle ini tersedia untuk 300 R6 Credit setiap satu atau dengan 12500 Renown.

Setiap pemain yang log masuk mulai hari ini hingga 2 November akan mendapat pek Doktor’s Curse secara percuma dan boleh mendapatkan tiga pek lain dengan melengkapkan Cabaran Ubisoft Connect mingguan. Di samping itu, jika pemain telah membeli mana-mana bundle lengkap daripada episod Doktor’s Curse sebelum ini, Operator’s Card yang sama akan diberikan secara percuma.

Untuk ketahui lebih lanjut dan update maklumat terkini game ini, anda boleh terus ke laman web khas untuk Mod Doktor’s Curse ini.

Rainbow Six Siege kini tersedia untuk dimainkan di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X | S dan PC.

Untuk banyak lagi berita tentang Rainbow Six Siege, boleh tekan pautan ini. Jika anda inginkan berita tentang game, anime dan banyak lagi, boleh ikuti Gamer Santai.

Muat turun di sini
Tom Clancy's Rainbow Six® Siege
Developer: Ubisoft
Release Date: 2015-12-02
Microsoft Windows, PlayStation 4
Tom Clancy's Rainbow Six Siege adalah sebuah permainan FPS yang dimajukan oleh Ubisoft dan sangat terkenal dalam dunia esports. Pelbagai pilihan operator untuk mengejr kemenangan pasukan anda
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DOKTOR’S CURSEGameRainbow Six Siegeubisoft
Previous Post

Valorant dedahkan UI/UX & agent “controller” baru Harbor

Next Post

Manga Tokyo Revengers Hampir Tamat! Nantikan Pengumuman Khas 19 Oktober Ini!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Manga Tokyo Revengers Hampir Tamat! Nantikan Pengumuman Khas 19 Oktober Ini!

Manga Tokyo Revengers Hampir Tamat! Nantikan Pengumuman Khas 19 Oktober Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd