Musim kedua belum mula lagi, tetapi siri manga Tokyo Revengers sudah menghampiri klimaksnya. Nampaknya peminat akan membaca penamat terhadap siri oleh Ken Wakui ini tidak lama lagi. Jom kami ceritakan secara ringkas kepada anda.
Pengumuman tersebut telah dilakukan dalam edisi terbaru majalah Weekly Shōnen Magazine oleh Kodansha. Bukan setakat itu sahaja, ia juga ada mengacah bahawa siri tersebut akan memberikan “pengumuman khas” pada 19 Oktober ini, sama tarikh dengan pelepasan bab 271.
Ramai juga peminat yang telah membuat teori masing-masing mengenai pengumuman khas tersebut. Ada yang mengatakan bahawa ia berita mengenai siri anime, manakala ada juga yang mengatakan bahawa ia berkenaan siri manga. Nampaknya terpaksanya kita menunggu pengumuman tersebut tersebut.
Kepada anda yang tidak mengenali siri ini, Tokyo Revengers merupakan siri manga yang dihasilkan oleh Ken Wakui pada 1 Mac 2017. Kini sudah 29 jilid manga telah dilepaskan. Ia juga telah mendapat adaptasi anime sebanyak 24 episod oleh Liden Films pada tahun lepas. Musim keduanya pula bakal ditayangkan pada Januari 2023.
Bukan setakat itu sahaja, Tokyo Revengers juga hadir dengan adaptasi filem live action yang dilepaskan pada Julai 2021 dan pernah ditayangkan di pawagam Malaysia.
Berikut adalah sinopsis untuk siri tersebut:
Takemichi Hanagaki seorang lelaki menganggur berusia 26 tahun. Dia mendapat tahu bahawa seorang kawan masa kecil dan bekas pacarnya Tachibana Hinata telah meninggal dunia setelah bertembung dengan suatu geng dilibatkan adiknya Naoto bernama Tokyo Manji-kai. Takemichi nyaris maut dilanggar keretapi namun menyedari bahawa dirinya kembali ke masa lampau saat di bangku sekolah tinggi; Takemichi cuba mengubah masa depan agar Tachibana selamat dengan memasuki geng Manji-kai, gerombolan paling ganas di wilayah Kanto.
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Tokyo Revengers daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post