Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Black Clover – Asta menjadi lebih kuat dengan kuasa baru Zetten!

safwan by safwan
October 4, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Black Clover – Asta menjadi lebih kuat dengan kuasa baru Zetten!

Sumber; Twitter @FrancoReviews

Share on FacebookShare on Twitter

Dalam bab Black Clover yang lepas, Tabata telah kenalkan kita dengan watak baharu yang sebenarnya agak mengejutkan kerana dia merupakan adik kepada Yami Sukehiro. Dalam bab Black Clover kali ini, kita diperkenalkan dengan kuasa baharu iaitu Zetten di mana ia merupakan salah satu latihan untuk Asta mahir sebelum pulang ke Clover Kingdom.

Amaran: Berikut mengandungi spoiler untuk Black Clover bab 339 “Zetten”

AMARAN! TEKAN DI SINI UNTUK BACA SPOILER BLACK CLOVER 339!

Insiden mencurigakan

Sumber: Shueisha

Tidak banyak insiden yang berlaku dalam bab kali ini, tetapi terdapat satu adegan yang agak pelik di mana rakyat Hino Country curiga dengan kehadiran Asta dengan mempersoalkan warna rambut, adakah dia orang luar dan ada juga yang perasan dengan tangan kanan Asta.

\Sejurus Ryu mendengar persoalan yang dilontarkan daripada rakyatnya, dia terus membawa Asta dan Ichika lari ke satu rumah yang cantik dan bertemu dengan seorang lagi watak baharu iaitu Fumito Mikuriya.

Fumito Mikuriya

Sumber: Shueisha

Seorang watak baharu yang sangat mahir menggunakan “Recovery Yojutsu”. Ketika ditunjukkan dalam bab terbaru ini, dia baru sahaja selesai merawat Liebe di mana Fumito menggunakan rupa bentuk ikan sebagai elemen utama dalam perubatannya. Dan besar kemungkinan, dia juga yang merawat Asta.

Sumber: Shueisha

Apabila masuk ke rumah tersebut, pelbagai reka bentuk ikan emas. Namun, Fumito mengatakan yang dia tidak pernah merawat makhluk seperti Liebe iaitu Devil. Jadi, disebabkan perkara tersebut, dia mengambil masa yang lama untuk pastikan Liebe dirawat dengan betul.

Sudah pasti Asta nampak sangat gembira selepas melihat adik atau kawan karibnya selamat dan sihat.

Zetten

Sumber: Shueisha

Selepas mendapatkan Liebe, Asta langsung teringat dengan insiden yang berlaku di Clover Kingdom dan kita boleh lihat yang dia berasa sangat takut untuk melihat rakan-rakannya di Clover Kingdom mati. Lalu, dia terus meminta Ryu untuk hantarnya kembali ke Clover Kingdom.

Seperti Ryu katakan sebelum ini, jika Asta kembali sekarang pun, dia tetap kalah. Oleh itu, Ryu ingin memberikan latihan kepada Asta di mana ia merupakan kuasa baharu yang dikenali sebagai Zetten. Disebabkan Ryu tidak mempunyai Ryojutsu, sudah pasti Ichika akan mengajarnya.

Sumber: Shueisha

Ki ialah aliran tenaga hidup. Semua orang memanipulasinya tanpa sedar mengubahnya menjadi Yoryoku. Anda sengaja membuat versi yang sangat tepat. Ambil Yoryoku dalam diri anda dan buat ia meletus sekali gus.

Itulah yang dikatakan oleh Shogun Hino Country, Ryu. Selepas Ichika selesai membuat demonstrasi, sudah tiba untuk Asta beraksi. Namun, Asta tergamam melihat kuasa Zetten yang kuat tadi dan langsung tidak pernah terfikir untuk menggunakan Ki seperti itu.

Sejak Asta mempunyai Devil, kuasa Anti-Magic telah mengalir dalam badannya. Jadi gunakan kuasa tersebut dan lakukannya. Tetapi Fumito langsung tidak percaya yang Asta boleh lakukannya kerana pengguna Yojutsu yang berpengalaman pun mengambil masa bertahun-tahun untuk lakukan Zetten ini.

Sumber: Shueisha

Malang sekali, Fumito salah dan Asta berjaya membelah buluh tersebut tanpa menggunakan senjata anti-magicnya sebaliknya menggunakan kuasa yang mengalir di dalam badannya. Menurut kata-kata Ryu, Asta mempunyai asas yang kukuh cuma tidak tahu macam mana nak gunakan dengan baik.

Sumber: Shueisha

Jadi, dengan percubaan yang pertama telah menjadi, Asta disuruh untuk berlatih lagi dan dapatkan pengalaman yang banyak dalam menggunakan kuasa berpandukan Ki. Bab kali ini berakhir dengan Asta berterima kasih kepada Ichika dan mengatakan yang dia boleh menjadi lebih kuat lagi.

Teori

Sumber: Shueisha

Teori pertama ini adalah berkaitan dengan insiden yang rakyat Hino Country curiga dengan kehadiran Asta di negara mereka. Ada teori yang mengatakan rakyat Hino Country sedang merujuk kepada seseorang yang sebelum ini pernah datang ke sana dan membuat masalah.

Dan dalam masa yang sama, dia telah membawa Nomotatoe ke Clover Kingdom dan lebih tepat lagi di Hage Village. Besar kemungkinan seseorang itu adalah bapa Asta.

Teori yang kedua adalah berkenaan dengan kuasa Zetten. Teori yang saya nak ceritakan ini mungkin masuk dan tidak masuk akal. Cuba ingat korang ingat balik adegan dalam anime dan manga semasa Clover Kingdom sedang berlawan dengan Zegred di mana dia terbelah dua oleh serangan Yami.

Ada yang mengatakan serangan yang Yami gunakan (Dark Cloak Dimension Slash) pada waktu itu mungkin berkaitan dengan Zetten. Daripada menggunakan Ki, Yami menggunakan kuasa magic-nya untuk membuat serangan tersebut.


Sumber: Shueisha

Tamat sudah sesi perkongsian Black Clover untuk minggu ini. Sedikit demi sedikit Tabata kenalkan kita dengan watak dan kuasa baharu yang boleh membantu Asta dalam perjalanannya untuk menjadi Wizard King suatu hari nanti.

Apa pendapat korang tentang Zetten yang dikenalkan dalam bab terbaru Black Clover? Korang ada teori yang nak dikongsikan? Jemput tulis di ruangan komen. Untuk mendapatkan lebih banyak liputan menarik mengenai Black Clover, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Black CloverBlack Clover 339
Previous Post

Taiko no Tatsujin: Rhythm Festival Review — Mari Bergendang beramai-ramai!

Next Post

Preview Call of Duty: Modern Warfare 2 (Beta) — Mode lebih seronok, gameplay lebih “realistik”

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Preview Call of Duty: Modern Warfare 2 (Beta) — Mode lebih seronok, gameplay lebih “realistik”

Preview Call of Duty: Modern Warfare 2 (Beta) -- Mode lebih seronok, gameplay lebih "realistik"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd